Apakah dalam Islam membolehkan seseorang hamba-Nya memutlakkan nasihat atau kata-katanya?
1. Rasulullah SAW sendiri pernah ditegur, malah menerima teguran para sahabat membuktikan bahawa baginda tidak memutlakkan apa yang dinyatakan, pandangan atau perlakuan peribadinya, kecuali segala titah perintah Allah.
2. Sayidina Umar Ibnu Khattab meminta ditegur walaupun khalifah itu bengkeng. Umar tidak marah pun dengan ancaman seorang lelaki tempang yang meletakkan mata pedang pada lehernya dan bersumpah bahawa pedang itulah akan memenggal leher Khalifah ar-Rasyidin kedua itu jika tidak melaksanakan pemerintahan berlandaskan hukum Allah.
3. Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan zuhudnya dan adil sebagai khalifah sehingga dalam tempoh pemerintahannya, serigala pun tidak memakan kambing sebagai tanda kemakmuran dan berkat pemerintahannya. Beliau boleh ditegur dan menerima teguran anaknya sendiri biarpun tindakannya dianggap kurang tepat oleh anak baginda.
Comments
Post a Comment