Oleh SAHBULAH DARWI
BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.
Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.
“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.
Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.
Rakan sekutu : Kelihatan dalam gambar adalah Presiden Pas, Naib Presiden Mahfuz, Salahuddin Ayub dan beberapa orang lagi. Mereka in adalah orang poltik...Melayu pulak tu.
“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.
Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.
“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.
“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.
Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.
“Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.
Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.
“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.
Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.
“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.
Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka. - Utusan Malaysia.
BERITA LAIN :
- ISA ‘zalim’, minta gugur kes Saiful tak zalim?
- Demonstrasi untuk alih perhatian
- Anwar dibidas
- Motif sebenar demonstrasi
- Demonstrasi kini jadi budaya Melayu?
- Anwar disifat pengkhianat terbesar perjuangan Melayu
- Demonstrasi haram budaya politik jalanan
- Perhimpunan haram: Nasib 12 lelaki, lima wanita diketahui hari ini
- ENGLISH : Two boys freed after judge denies request for remand
- Street demos ‘shooing away investors’
- Dr M: Anwar started street demo culture
- FT Minister: Protest cost RM100mil in damage
- 10 years jail for those who use kids as human shields
malaysia should take stern action against this culprit. he is the real culprit to our country. Economically, we are now suffering of what he had planned i.e uncertainty. Investors are worried of coming in to invest resulting in slow recovery of our economy. should find best way to make him STOP destroying our beloved country. Congratulation 1MALAYSIA 1ILTIZAM for your efforts. Salam
ReplyDeleteanwar ni dah tak layak dipanggil manusia, panggil setan je...jahat lebih dari firaun...menyusahkan org aje...
ReplyDeleteanwar babi
ReplyDelete