Memorandum itu diserahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman kepada Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Stadium Sukpa di sini.
Tiga bahagian UMNO terbabit adalah Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhaimi Sulong berkata, memorandum itu bagi menyokong pendirian Timbalan Perdana Menteri itu supaya tidak memohon maaf kepada Anwar secara terbuka atau tertutup sebagaimana gesaan ketua pembangkang itu.
''Kami tetap akan memberi sepenuh sokongan dan bersama-sama Timbalan Presiden UMNO demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
''Apa yang dilaungkan beliau, bahawa Anwar sebagai pengkhianat bangsa adalah benar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.
Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat baru-baru ini menyifatkan, Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.
Sementara itu, di ALOR SETAR, sokongan terhadap Muhyiddin terus mencurah-curah.
UMNO Bahagian Kuala Kedah yang bersidang hari ini turut menyatakan sokongan padu kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
Ketuanya, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, kenyataan Muhyiddin adalah berasas berikutan tindak-tanduk Penasihat PKR itu yang bertentangan dengan aspirasi perjuangan orang Melayu dan bumiputera.
''Anwar umpama virus yang mampu merosakkan,'' katanya ketika ditemui pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz di sini hari ini.
''Kami akan berdiri teguh di belakang Muhyiddin dan ingin memaklumkan, bahawa beliau tidak berseorangan dalam kenyataannya itu," katanya. - Utusan.
Comments
Post a Comment