Skip to main content

Agenda rosakkan asas negara

MINGGUAN: Apakah pandangan saudara berhubung demonstrasi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini?

MOHAMAD EZAM: Kita perlu menerima hakikat rakyat berhak berhimpun secara aman, tetapi hak tersebut tidak boleh dilakukan sehingga merosakkan negara. Kita tidak boleh meletakkan negara dalam bahaya. Bagaimanapun demonstrasi yang berlaku baru-baru ini dan sebelumnya telah menjurus ke arah tersebut. Ia dilakukan bukan untuk menyatakan secara jujur ke arah perubahan tetapi lebih kepada merosakkan institusi negara khususnya dalam kes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Keluarga saya adalah antara mereka yang mengasaskan GMI ketika saya ditahan di bawah ISA dan saya kesal kerana GMI telah diperalatkan dan dipergunakan. Sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi sebab sudah ada komitmen daripada Perdana Menteri untuk mengkaji akta berkenaan dan komitmen tersebut dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama beliau menjawat jawatan itu.

Komitmen ini tidak pernah kita dengar sebelum ini daripada mana-mana pemimpin yang berkuasa malah daripada Anwar sendiri ketika dia berada dalam kerajaan. Justeru apabila ada ruang itu, GMI sepatutnya membantu kerajaan mengkaji ISA. Sebab itu, saya nampak tidak ada kejujuran ke arah perubahan, ini masalahnya. Kita laungkan perubahan tetapi sama ada kita melaungkan perubahan itu kerana benar-benar jujur untuk melihat perubahan dalam negara atau kita laungkan perubahan itu demi kepentingan politik.

Apa maksud saudara tidak ada kejujuran itu?

MOHAMED EZAM: Saya sebut jujur sebab ia perkara asas yang hilang dalam politik negara sekarang ini seperti mana budaya politik Anwar. Kita lihat sudah ada perubahan besar dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), ada komitmen dalam ISA tetapi mereka tidak membantu, kalau mereka jujur sudah pasti apabila ada perubahan positif yang dilakukan oleh kerajaan mereka akan sokong.

Kejujuran penting dalam membina negara, dulu pemimpin dan pengasas negara kita tidak hebat berpidato, kehebatan mereka ialah sifat jujur dan sifat ini yang tidak ada pada Anwar. Kebimbangan saya ketidakjujuran ini meresap kepada NGO seperti GMI dan rakyat yang tidak tahu, ia akan merosakkan negara.- Utusan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T