Skip to main content

Amaran penduduk Seksyen 23

SHAH ALAM 17 Ogos – Penduduk Islam Seksyen 23 di sini memberi amaran akan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetap meneruskan keputusan untuk membina kuil berhampiran kawasan kediaman mereka.

Menurut mereka, cadangan kerajaan negeri itu sepatutnya tidak perlu dibuat langsung kerana komposisi penduduk di kawasan tersebut majoritinya beragama Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Persatuan Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri berkata, pihaknya kesal dengan keputusan itu yang jelas menunjukkan sikap kerajaan negeri tidak menghormati pandangan penduduk Islam di situ.

Malah, katanya, sebelum membuat keputusan pembinaan kuil kira-kira dua bulan lalu, tiada sebarang perbincangan dibuat dengan para penduduk.

‘‘Ini yang kita (penduduk) kesalkan, sepatutnya kerajaan negeri berbincang dengan kita dahulu sebelum membuat apa juga keputusan.

‘‘Pada masa yang sama juga, kerajaan negeri patut memikirkan sensitiviti umat Islam di kawasan ini. Jika keputusan pembinaan kuil ini diteruskan, kita jamin akan berlaku bantahan daripada penduduk,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan terhadap pembinaan kuil itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta dua lagi Exco Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Exco berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar.

Semalam, kira-kira 200 penduduk Islam di Seksyen 23 itu berkumpul secara aman membantah cadangan pembinaan kuil di atas tapak tanah seluas 02 hektar yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan.

Dalam perhimpunan pukul 10 pagi itu, penduduk mempersoalkan kewajaran pembinaan kuil tersebut kerana bilangan mereka beragama Hindu di kawasan itu hanya sekitar 40 orang sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk seramai 400 orang.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Xavier, Abdul Razak Ismail yang menerima memorandum tersebut memberitahu, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan atau menarik balik cadangan pembinaan itu.

Sebaliknya, beliau memberi jaminan bahawa bantahan yang dikemukakan penduduk itu akan dibincangkan pada mesyuarat Exco dalam tempoh terdekat. - Utusan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T