Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, August 13, 2009

Ambil iktibar sikap DAP

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - Penyokong Pas di Permatang Pasir perlu mengambil iktibar daripada sikap dan tindak-tanduk pemimpin DAP yang semakin berani mencabar prinsip perjuangan Islam yang dipertahankan parti itu selama ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan daripada pemimpin DAP kebelakangan ini menggambarkan sumbangan Pas sebagai antara tulang belakang pakatan pembangkang di Pulau Pinang tidak dihargai.

Malah, katanya, walaupun berjaya mempertahankan satu-satunya kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sejak tahun 1999, Pas tidak diberi peranan langsung dalam barisan kepimpinan negeri.

''Sebenarnya, penyokong Pas menyedari bahawa kerjasama (pakatan pembangkang) ini terutamanya di Pulau Pinang merupakan satu kesilapan. Senario politik semasa membuktikan hakikat ini.

''Ada kecenderungan dia (DAP) mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati pemimpin dan penyokong Pas dan enggan pula meminta maaf. Ini sebenarnya memberi pengajaran yang cukup jelas kepada Pas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan sesi taklimat dengan pemimpin serta ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini semalam. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...