Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 10, 2009

Anwar Pengkhianat Bangsa!

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Seramai 500 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan majlis Belia Malaysia (MBM) termasuklah sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berhimpun di hadapan Ibu Pejabat UMNO menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabel Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Rentetan daripada demonstrasi jalanan dan insiden huru-hara di Ibu Kota 1 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu apatah lagi beliau sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan bangsa.

Susulan daripada itu, Anwar telah bertindak menuntut Tan Sri Muhyiddin membayar ganti rugi RM100 juta dan meminta beliau menarik balik dakwaan sebagai pengkhianat bangsa.

Tindakan Anwar tersebut telah membangkitkan suatu gelombang baru khususnya kepada ahli-ahli UMNO dan bangsa Melayu dengan pelbagai kenyataan termasuklah sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya benar Anwar menyaman Timbalan Perdana Menteri.

Sokongan tersebut dinyatakan bukan sekadar dengan kesanggupan semata-mata sebaliknya turut disertakan hujah-hujah yang membuktikan bahawa bukan hanya tutur kata dan provokasi yang dicetuskan Anwar malah perbuatannya juga membuktikan bahawa beliau sememangnya pengkhianat bangsa.

Para penyokong yang berkumpul seawal jam 10.00 pagi menantikan kehadiran Tan Seri Muhyiddin yang akan bermesyuarat bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau. - UMNO online.

3 comments:

  1. MasyaAllah ramainya!!! Siapa ana mau saman sekarang? terlalu ramai lah. bikin ana feninlah...mapuih hang anwar.

    ReplyDelete
  2. Ayat ni ditujukan khas buat munafik besar 1MALAYSIA. Orang munafik itu takut apabila diturunkan surah yang menerangkan kepada mereka akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): Ejeklah sesuka hati kamu, sesungguhnya ALLAH akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai). -Surah At-Taubah Ayat 64

    ReplyDelete
  3. best ah blog ni....sb sy btol2 benci kat anuar ni, nape la dia nk kianat bangsa dan agama sendiri, nk pecah belah kan bangsa sendiri....
    patutnye kerajaan buang negeri ni pegi letak ulu geh nu, dalam hutan kat kelantan biar dia pecah belah kan harimau dan gajah hutan...hehehehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...