Skip to main content

ANWAR PENGKHIANAT : 'Saya sedia jadi saksi kes saman'

Anwar, Institut Kajian Dasar & Yahudi.
(posted artikel 29/5/2009 adalah berkaitan).

PETALING JAYA 6 Ogos - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersedia membayar RM100 juta jika dakwaan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu dapat dibuktikan benar.

Menurutnya, jika Anwar boleh mengemukakan saman maka Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga harus bertanggungjawab jika perkara sebaliknya berlaku.

''Saya sekali lagi mengulangi bahawa saya bersedia menjadi saksi dalam kes tuntutan saman Anwar terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

''Malah, bukan saya seorang tetapi ramai lagi yang bersedia untuk tampil sebagai saksi dalam membuktikan kebenaran kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu.

''Jika Anwar boleh mengemukakan saman RM100 juta, kita juga mahu beliau membayar jumlah yang sama jika kita dapat membuktikan tuduhan itu di mahkamah kelak," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (PJU) di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengingatkan ahli Pemuda UMNO PJU tentang lima pegangan Pemuda iaitu bersatu; berprinsip; inklusif; relevan dan proaktif.

Sebagai contoh katanya, dalam soal bersatu, ahli Pemuda diingatkan supaya tidak sesekali memburukkan pemimpin mereka kerana pada akhirnya Pemuda UMNO akan berkempen pada pilihan raya menyeru rakyat mengundi Barisan Nasional (BN).

''Kita ini seperti ibarat penjual barang, kita tidak akan memburuk-burukkan produk yang hendak kita jual itu.

''Begitulah juga dengan kita Pemuda UMNO, janganlah memburuk-burukkan Ahli Parlimen kita atau pemimpin bahagian, sebaliknya rasa tidak puas hati itu perlulah disampaikan secara berhemah," jelasnya.- Utusan Malaysia.

BERITA LAIN :

- NGO terus kecam Anwar
- Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara lancar kempen kutip tandatangan
- Pagoh sokong Muhyiddin
- Pengkhianat meruntuhkan kesejahteraan ummah
- ENGLISH : Mukhriz Says Anwar Seeking To Silence Critics

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T