Skip to main content

Beranikah Pengkhianat Saman RM100 Juta?

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketika UMNO Bahagian masih lagi sedang dalam mesyuarat tahunan masing-masing, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim muncul dengan kenyataan meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM100 juta dan meminta beliau menarik balik dakwaan sebagai pengkhianat bangsa.

Sememangnya, kenyataan Tan Sri Muhyiddin dikeluarkan setelah melihat kepada tindakan dangkal dan kelibat diikuti perbuatan tidak bertanggungjawabnya Anwar termasuklah melakukan provokasi, manipulasi dan persepsi sumbang atas agenda kerajaan hinggakan membawa kemudaratan.

Tan Sri Muhyiddin tetap teguh berpegang kepada apa yang pernah dinyatakan malahan pandangan beliau mendapat sokongan seluruh ahli UMNO dan bangsa Melayu.

Dalam perkembangan tersebut, banyak pihak telah menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO termasuklah sanggup menjadi saksi sekiranya benar Anwar memfailkan saman kepada beliau.

Dalam hal ini, pemikiran masyarakat bukan bergantung kepada apa yang telah dinyatakan oleh Anwar sebaliknya, rakyat tahu mana yang benar dan mana yang salah apatah lagi, bukan sedikit bukti yang ada malahan kalau dikisahkan, tentunya memakan waktu yang panjang.

Lantaran itu, watak sandiwara Anwar yang seringkali berlagak bagai hero pelbagai wajah sering meracun minda rakyat, memanipulasi setiap isu dan paling teruk mengatakan setiap agenda dan langkah yang diambil oleh Kerajaan serba-serbi tidak elok.

Lihat sahaja sebelum ini, janji demi janji ditaburkan… kononnya jika pakatan campuran mendapat kuasa mentadbir negara maka gunung, laut dan awan gemawan menjadi taruhan walhal, baru sahaja menguasi lima negeri sudah kucar-kacir jadinya.

Tanpa dilupa, ketua pembangkang pakatan campuran ini terus sahaja menjanjikan pelbagai kata-kata palsu dengan angan-angan hinggakan berani meletakkan tarikh kononnya, 16 September lalu akan menaiki takhta sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan tersebut, Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut (menggunakan isteri sebagai batu loncatan) telah membayangkan bahawa ada tersenarai para wakil rakyat dari BN untuk lompat parti.

Namun demikian, tarikh yang disebutkan berlalu begitu sahaja dan tiada apa-apa yang berlaku lantas, dikata pula ditangguhkan ke satu tarikh yang lain, bukan sekali tertangguh malah telah berkali-kali hinggakan menjadi satu lelocon baru pula.

Ketika itu juga, isu lompat parti menjadi popular ekoran watak terbabit memainkannya dengan cukup berkesan, malah dalam setiap ‘roadshow’ yang melibatkannya isu lompat parti adalah agenda utama.

Sebaliknya berlaku, apabila jerat yang dipasang memerangkap diri sendiri, kerana angkuh meludah ke langit terkena muka sendiri dan ketika itu, ditunding pula kepada pihak lain setiap kesalahan yang dilakukan.

Namun demikian, tidak cukup setakat itu sahaja sebaliknya, rakyat terus-terusan diperalat dengan pelbagai manipulasi dan provokasi.

Sedarkah bahawa semua agenda tersebut dibuat dengan perancangan untuk menutup aib sendiri ekoran kes yang melibatkan salah laku moral; malah sandiwaranya berlarutan dengan helah cuba melengah-lengahkan perbicaraan.

Lantaran itu, pentas politik terus dijadikan sebagai bahan untuk mengalih perhatian masyarakat dengan yang terbaru menyusun strategi memperalat rakyat dan juga kroni sendiri melalui pengwujudan demonstrasi jalanan setelah berjaya menggunakan ISA sebagai bahan manipulasinya. Ironinya, ia membabitkan kebanyakan bangsanya sendiri dengan ada yang diupah bagi menimbulkan kekacauan.

Fikirkanlah, sampai bilakah watak pelbagai watak ini membadutkan masyarakat dengan agenda dan perancangan yang semakin tidak dapat diterima akal hinggakan melontarkan saman beratus juta? - UMNO online.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T