Skip to main content

BN lawan Pas di Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini menyaksikan pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas selepas calon Bebas lewat mengemukakan borang pencalonan.

Calon BN ialah Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, manakala lawannya dari Pas ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52.

Kamarul Ramizu Idris, 42, yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti sebelum ini, gagal mengemukakan borang pencalonan walaupun hadir ke pusat penamaan calon di Pusat Latihan Belia Negara Bukit Mertajam.

Pengesahan calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, pada jam 11.25 pagi tadi.

Sebanyak 15 bantahan diterima dalam waktu bantahan selama sejam tetapi ditolak.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan memenangi kerusi itu buat kali ketiga setelah memperolehi 11,004 undi mengalahkan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 undi.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi termasuk seorang pengundi pos yang akan mengundi di lapan pusat mengundi di kawasan berkenaan.

Daripada jumlah itu, 14,677 pengundi (72.34 peratus) ialah Melayu, 5,248 (25.86 peratus) Cina, 332 (1.64 peratus) India dan 33 (0.16 peratus) bangsa lain. - Berita Harian.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T