Skip to main content

EKONOMI 1MALAYSIA : Projek di luar bandar selesai 2012

SHAH ALAM 2 Ogos - Semua projek pembangunan infrastruktur serta pembasmian kemiskinan melibatkan rakyat di kawasan luar bandar di seluruh negara dijangka selesai sepenuhnya pada 2012.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek tersebut kini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan melibatkan peruntukan sebanyak RM12 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau berkata, ia meliputi pembinaan dan menaik taraf jalan raya sepanjang 1,500 kilometer, pembinaan 50,000 buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) serta bekalan elektrik dan air di seluruh negara.

"Bagi pembinaan dan menaik taraf jalan, kita telah agihkan sebanyak RM1 bilion di kawasan luar bandar Semenanjung manakala RM3 bilion lagi untuk kawasan di Sabah dan Sarawak.

"Baki selebihnya kita akan tumpukan kepada infrastruktur pembasmian kemiskinan tegar di luar bandar termasuklah bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Klang yang dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu, pihaknya akan meneliti semula senarai keahlian bagi memastikan mereka telah mendaftar sebagai pemilih.

Beliau mendapati ada segelintir cawangan UMNO mempunyai bilangan ahli yang ramai tetapi jumlah yang mendaftar sebagai pemilih adalah sedikit.

"Keadaan ini boleh memberi kesan negatif kepada UMNO dalam pilihan raya. Sebagai ahli UMNO, mereka sepatutnya bertanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

"Dalam masa yang sama, kita juga akan memberi tumpuan kepada pengundi muda bagi menguatkan lagi sokongan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujarnya. - Utusan Malaysia.


BERITA LAIN :

- Ceburi industri bunga-bungaan - Rosmah
- Lupakan niat kaut untung
- Usahawan Melayu perlu ubah sikap
- RM22j bantu OKU
- 1,000 kedai rakyat di seluruh negara
- Peluang ejen insurans bumiputera
- ENGLISH : Rosmah: Floria can help ties to bloom
- 'Understand crisis to mitigate it'
- New approaches needed to help Bumis, says Najib
- Kuantan Port facelift
- Ministry seeks views on policy direction
- MIM to give insight on leadership in troubled times
- MIC task force to evaluate 9th Plan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T