Skip to main content

Gagal Tadbir Negeri : Masyarakat Islam kecewa cadangan kerajaan Selangor guna wang zakat

SHAH ALAM 11 Ogos - Masyarakat Islam di negeri ini sedih dan kecewa dengan cadangan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini yang mahu menggunakan hasil pungutan wang zakat yang disalurkan ke Baitumal untuk menampung kos pentadbiran negeri.

Mereka yang tidak menyangka cadangan itu keluar dari mulut seorang pemimpin beragama Islam, mahu ia ditarik balik kerana dilihat seolah-olah ingin merampas hak orang Islam di negeri ini.

Seorang penduduk, Mohammed Amir Hassan, 60, berkata, cadangan itu tidak masuk akal langsung kerana wang pungutan zakat adalah hasil kumpulan daripada umat Islam sahaja.

Oleh itu, katanya, ia tidak boleh digunakan untuk menampung kos pentadbiran negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Menurut beliau, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan kebajikan umat Islam di negeri ini yang miskin dan jauh ketinggalan bukannya mahu menggunakan hak yang telah diberikan kepada mereka.

''Kenapa perlu wang zakat digunakan untuk pentadbiran negeri sedangkan ia seharusnya digunakan untuk membela nasib umat Islam negeri ini.

''Ke mana perginya duit-duit yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelum ini sehingga timbulnya cadangan seperti ini yang boleh memecah belahkan kaum,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Abdul Khalid bercadang menggunakan dana Baitumal hasil pungutan wang zakat bagi menampung kos pentadbiran dan pembangunan di Selangor.

Perancangan itu dibuat kerana kerajaan negeri ketika ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun.

Melalui penggunaan dana itu, katanya, ia akan membolehkan kerajaan negeri membiayai kos-kos berkaitan termasuk membina infrastruktur seperti jambatan baru yang menghubungkan Sungai Kelang untuk manfaat rakyat.

Sementara itu, seorang pesara, Rashid Abu Bakar, 60, berkata, beliau amat sedih dengan kenyataan itu kerana sekiranya wang zakat digunakan untuk mentadbir negeri, ini bermakna dana itu turut disalurkan kepada orang bukan Islam.

Menurutnya, cadangan itu tidak boleh diguna pakai kerana wang zakat adalah hasil titik peluh umat Islam kenapa perlu dikongsi dengan penganut agama lain.

''Seharusnya kerajaan negeri memikirkan semula cadangan ini dan fikir semasak-masaknya baik buruk tindakan itu.

''Dalam hal seperti ini sepatutnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Ali perlu bertindak tegas mempertahankannya,'' ujarnya.

Pekerja swasta, Mohammad Azmir Mohammad Zain, 30, berkata, umat Islam perlu bersatu untuk mempertahankan hak mereka agar tidak sewenang-wenangnya dinodai oleh orang lain.

''Sejak kecil kita diajar bahawa hak kita tetap hak kita, kenapa hak kita perlu diberikan kepada orang lain.

''Kenapa perlu kita merobek perjanjian yang telah termeterai semata-mata ingin memuaskan hati orang lain,'' kata beliau.

Menurut Azhar Othman, 47, pula mengapa perlu diungkit perkara tersebut sedangkan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu tidak pernah mengusik isu wang zakat itu.

''Saya amat kecewa dengan cadangan ini, mana pergi wang kerajaan negeri, baru setahun lebih memerintah kenapa wang sudah kering kontang.

''Ini satu penghinaan kepada umat Islam kerana seperti menidakkan hak mereka dan memperkotak-katikkan agama Islam,'' ujar beliau. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T