Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, August 12, 2009

GMP gesa Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan tegas

IPOH 11 Ogos - Gagasan Melayu Perak (GMP) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas ke atas penulis-penulis blog yang semakin biadap dan berani menghina agama Islam, orang Melayu dan institusi raja.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan tegas itu tidak boleh dilengah-lengahkan lagi kerana keadaan huru-hara boleh tercetus bila-bila masa ekoran kemarahan umat Islam dan kaum Melayu di negara ini semakin memuncak.

''Kita tidak boleh setakat bercakap sahaja. Sekarang telah terang-terangan penulis blog membuat kenyataan berbentuk hasutan. Ayat-ayat yang tidak sepatutnya telah dikeluarkan.

''Kalau tindakan tegas belum lagi diambil, ia menunjukkan kelemahan kerajaan. Seolah-olah tidak berdaya menghalang perbuatan penulis blog. Ini menyebabkan mereka semakin berani sedangkan orang Melayu makin hilang sabar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, pihaknya kesal kerana sehingga kini KDN masih belum mahu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas penulis-penulis blog yang kurang ajar itu.

Beliau menegaskan, inilah masanya ISA yang diwujudkan bagi menjaga ketenteraman dan keamanan negara digunakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...