Skip to main content

Gobala tampar anggota polis...tapi dia kata polis rompak dia

Yang ditampar Gobala itu adalah anggota Polis. Bayangkan jika kita yang ditampar, sudah tentu dah lembik Gobala kita kerjakan. Begitulah nasib anggota Polis, diherdik, dimaki, dicemuh dan ditampar namun peraturan (undang2) tidak membenarkan mereka untuk bertindak balas (selagi tidak membayakan nyawa).

1MALAYSIA telah menyaksikan sendiri Buletin Utama berkaitan tindakan agresif Gobala Krishnan, Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR. Dalam kejadian ini, Gobala telah menampar seorang anggota Polis sehingga tertanggal topeng (mask) yang dipakai oleh anggota Polis berkenaan.

Tindakan Gobala ini, walau bagaimanapun dapat dikawal oleh beberapa anggota Polis lain.

Seperti sebelum ini, tindakan Gobala ini merupakan provokasi untuk Polis bertindak balas. Jika ada yang bertindak balas kerana mempertahankan diri, pasti akan dirakam dan dicanangkan sebaliknya.

Maka akan disensasikan berita "Keganasan Polis" kepada penyokong taksub mereka. Taktik inilah yang digunakan dari tahun 1998.

Taktik yang berniat untuk memburuk dan menjatuhkan imej Pasukan Polis serta memalitkan lumpur kepada Kepimpinan Negara.

'Jurugambar' pembangkang memang bersedia untuk merakamkan 'keganasan' ini dan akan mengulangcetak seberapa banyak untuk memecah-belahkan perpaduan. Sentimen membangkit kemarahan serta emosi rakyat memang menjadi 'senjata' pembangkang untuk melemahkan Bangsa & Negara.

Punayla besar kepala Gobala ni, sampai sentuh pun tak boleh...SOMBONG SUNGGUH.

Lihat saja tajuk klip video di bawah ini (versi pembangkang), "Malaysian Police brutality in Permatang Pasir 17/08/09" (Keganasan Polis Malaysia di Permatang Pasir).

Ada dua video di sini, kedua-duanya versi pembangkang. Bila dah versi mereka, tentu insiden Gobala menampar anggota Polis tidak ditunjukkan (dipotong).

Tajuknya saja sudah menggambarkan niat buruk pembangkang. 'Keganasan Polis Malaysia...' berniat untuk memburukkan nama Malaysia kepada negara luar. Jika ianya untuk orang Malaysia, tidak perlu disebutkan nama 'Polis Malaysia' kerana rakyat dah kenal kepada anggota polis.

Inilah yang disebut pengkhianat yang sengaja menjatuhkan imej negara. Tindakan Gobala ini bukan sahaja memalukan Rakyat Malaysia, namun ianya lebih memalukan nama Ahli Parlimen Malaysia kerana Gobala adalah ahli Parlimen.

Di dalam video ini yang dirakam oleh Pembangkang, semasa cuba disentuh (cara baik) Gobala, bertindak balas serta menuding jari (memberi amaran) kepada anggota polis (macam Gobind - lihat gambar). Melayu mana yang tak menyirap darah kalau orang tuding jari macam ni?

Polis cuma menjaga keamanan dan kelancaran proses penamaan calon. Namun Gobala bertindak membuat provokasi dan membangkitkan 'angin' penyokongnya.

ALLAH bersama pihak yang BENAR kerana di dalam video ini, kita lihat bagaimana, Nik Aziz yang berkelakuan sopan dan tidak menggugat kelancaran proses penamaan calon, dibiarkan berjalan (dalam kereta) tanpa disentuh dan diapa-apakan.

Selepas digari dan diposisi duduk, Gobala sempat berkata kononnya "Polis telah merompak dia, seorang Ahli Parlimen, Polis telah mengambil dompet dia"...masyaALLAH. Siapalah yang nak rompak dia pun tahulah.

Akhir sekali, macam wayang 'cina' baru2 ini (membabitkan Pembantu Ronnie Liu), Gobala pun mulalah berlakon serta meraung kesakitan dan tidak boleh berdiri. Maka terpaksalah layan 'lakonan' Gobala ini.

Gobala dah tak boleh jalan dan terpaksa dibantu dan diusung ke dalam ambulan.

Begitulah akhirnya cerita "Gobala yang malang Ep. 1" kerana esok Gobala pasti akan datang lagi esok tetapi dengan kaki berbalut atau berkerusi roda. Taktik biasa (populis).

Ya ALLAH, Demi Perpaduan, Keamanan dan Keharmonian Malaysia, Engkau jauhkanlah kami dari kaum munafiqin seperti ini...AMIN.



Comments

  1. hahah..tak de maruah punya india, we jadi la india yg bermaruah ckit....mcm sampah aku tengok sial ni..heeeee

    penipuuuuu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T