Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 10, 2009

Hisham: Najib pemimpin tepat terajui Malaysia

MELBOURNE, 9 Ogos – Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat penting untuk menerajui Malaysia menghadapi cabaran-cabaran baru, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata: “Apabila Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan negara, beliau sedar kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berada dalam persekitaran lama dengan pemikiran lapuk.” “Beliau memutuskan supaya kerajaan memberi tumpuan kepada apa yang amat diperlukan rakyat Malaysia dan sebagai Perdana Menteri, beliau perlu memastikan kerajaan pimpinannya memberikan perhatian kepada perkara-perkara utama,” kata Hishammuddin kepada Kelab Umno Melbourne.

Hishammuddin berkata Najib bukan sahaja perlu mengadakan dasar baru dan berwibawa tetapi juag sering kali satu keputusan dasar yang sukar dan “kerajaan pimpinannya perlu lihat saksama kepada semua pihak.

“Jika tidak, dalam tempoh tiga tahun akan datang visi itu akan kekal sebagai konsep dan akan menyukarkan kami untuk berdepan dengan pengundi,” katanya.

Hishammuddin berkata konsep 1Malaysia didokong oleh tiga teras utama antaranya penghijrahan daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada yang berlandaskan penerimaan, keadilan sosial dan nilai-nilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah berpandukan keluhuran perlembagaan serta prinsip Rukun Negara.

Katanya ini bukanlah ‘masa yang baik untuk menjadi Perdana Menteri dan juga masa yang baik untuk mentadbir” berikutan krisis kewangan dunia dan kebimbangan mengenai perubahan iklum dan keganasan antarabangsa.

“Tetapi ia juga merupakan masa yang mengujakan, dan kami di Malaysia sudah bersedia dan yakin dengan sokongan serta pemahaman rakyat, kami akan berjaya,” katanya. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...