Skip to main content

Hormati undang-undang - PM


Datuk Seri Najib Tun Razak dibantu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam memasang Jalur Gemilang pada kereta rasmi Perdana Menteri.


PUTRAJAYA 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotisme diperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai dan perangai yang baik serta menghormati undang-undang.

Sambil meminta seluruh rakyat menginsafi nikmat kemakmuran 52 tahun kemerdekaan, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia sebenarnya bertuah kerana mendiami sebuah negara yang ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Justeru, beliau berharap makna lebih luas patriotisme itu akan meninggalkan kesan mendalam pada jiwa setiap warganegara dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini.

''Pengertian patriotisme bukan sekadar melahirkan kecintaan dan kesetiaan kental kepada negara tetapi juga menjadi warganegara yang sentiasa berperangai baik, bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga keharmonian dan mengamalkan nilai-nilai murni.

''(Hakikatnya) tiada negara lain, mungkin ada negara lain yang merdeka tetapi jika kita rangkum segala-galanya, pada keseluruhannya tiada bumi yang lebih baik daripada Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain.

Pada majlis berkenaan, Najib turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan bertekad mahu memastikan kemakmuran terus dipertahankan manakala hala tuju masa depan negara diteruskan mengikut konsep 1Malaysia.

Beliau turut mengajak semua pihak mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutannya.

''Marilah kita sama-sama menyambut erti kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

''Kita ingin melihat setiap rumah, kedai, bumbung bangunan dan kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang," katanya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T