Skip to main content

Kenapa DAP perlu takut?

KUCHING 16 Ogos - Parti-parti pembangkang yang mahu masalah rasuah di negara ini ditangani dengan lebih serius seharusnya tidak perlu takut dengan langkah-langkah pencegahan dan siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, SPRM merupakan sebuah badan yang bebas serta ia tidak pernah memihak kepada mana-mana parti politik selain mempunyai peraturan dan syarat tertentu dalam melakukan sesuatu siasatan.

"DAP (pembangkang) sendiri yang mahu rasuah dibanteras, ramai juga ahli politik lain termasuk dari BN (Barisan Nasional) yang disiasat, tapi bila mereka sendiri (pembangkang) tidak boleh, apa masalahnya, takutkah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga tidak bercadang mewujudkan dua undang-undang berbeza bagi menyiasat kesalahan rasuah melibatkan ahli politik dan rakyat biasa.

Menurut beliau, ahli politik dan rakyat biasa adalah sama dan mereka tidak akan dilayan secara berbeza dalam isu itu.

''Kalau mereka (ahli politik) didapati atau disyaki melakukan rasuah, peraturan yang digunakan terhadap rakyat biasa juga akan digunakan terhadap ahli politik. Saya langsung tidak bersetuju dan tidak akan menyokong sekiranya ada peraturan yang berbeza untuk rakyat biasa dan ahli politik.

''Saya kira ahli politik patut lebih bertanggungjawab kerana mereka dipilih oleh rakyat serta perlu dikenakan peraturan yang lebih ketat dan bukannya layanan yang lebih baik jika dibandingkan dengan orang biasa," katanya.

Semalam, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull berpendapat perlu ada peraturan berbeza bagi menyiasat ahli-ahli politik.

Mohamed Nazri memberitahu, kenyataan Mohd. Shukri itu adalah kerana beliau kecewa tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pegawai SPRM.

Tegasnya, Mohd. Shukri tidak perlu berputus asa atau berhasrat untuk meletakkan jawatannya kerana apa yang beliau hadapi ketika ini merupakan cabaran ketika bertugas.

Beliau menarik perhatian, tindakan pihak pembangkang itu adalah kerana mereka cuba menjatuhkan moral pegawai-pegawai SPRM ketika melaksanakan tanggungjawab membanteras rasuah dan penyelewengan.

''Saya memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam melaksanakan tugas dan jangan tunduk oleh desakan pihak pembangkang dalam membantu usaha kerajaan membanteras rasuah," tegasnya.

Mohamed Nazri berkata, sebelum ini pemimpin parti pembangkang sering mengatakan pemimpin Barisan Nasional (BN) cuba untuk menguasai SPRM, namun tindakan mereka ketika ini menunjukkan pembangkang yang sebenarnya cuba menguasai SPRM.

Beliau menjelaskan, pemimpin BN tidak pernah menghalang SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas mereka.

"Apa yang besar sangat DAP ini sampaikan mereka rasakan wakil rakyat mereka tidak melakukan rasuah," ujarnya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T