PULAU PINANG 1 Ogos - Kementerian Kesihatan akan menambah simpanan stok dua vaksin antivirus iaitu Tamilflu dan Relenza yang digunakan dalam merawat virus selesema babi atau influenza A(H1N1) di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan bekalan bahan tersebut mencukupi memandangkan laporan membabitkan penyakit itu di negara ini semakin bertambah dari sehari ke sehari.
''Kita akan memesan antivirus itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana simpanan stok sebanyak 10 peratus yang ada setakat ini tidak mencukupi untuk mengekang penyakit tersebut.
''Laporan kes semakin bertambah setiap hari, jadi bagi pastikan ia cukup dan buat masa ini kita akan pesan sebanyak 200,000 dos vaksin selesema anti-H1N1 dan ia dijangka diterima sebelum hujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MCA yang dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat di sini hari ini.
Bagi menangani perkara tersebut daripada terus tersebar, Tiong Lai berkata, satu mesyuarat kementerian itu yang dijangka dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan pada Selasa ini.
Beliau menjelaskan, semua wakil kerajaan negeri di negara ini dijangka menghadiri mesyuarat tersebut dan langkah itu diambil kerana kerajaan sangat mengambil serius perkara membabitkan penyakit itu. - Utusan Malaysia.
BERITA LAIN :
- 19 lagi kes baru, semua jangkitan tempatan
- Bendung wabak H1NI
- Kerajaan tidak sorok maklumat selesema babi
- ENGLISH : Influenza A(H1N1): 10-year-old girl in Perak fifth to die
- Influenza A(H1N1): Warning of community outbreak
- Private sector advised to prepare contingency plan
Comments
Post a Comment