Skip to main content

KESIHATAN 1MALAYSIA : Empat lagi kematian akibat H1N1

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari.Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini.

Katanya, semua kes terbaru yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tempatan. 10 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan enam kes terpencil.

Beliau berkata, tiga kematian yang dilaporkan juga adalah kes terpencil.

Tiga kes kematian terbaru itu dilaporkan berlaku di Melaka dan seorang lagi di Hospital Batu Pahat:

*Daripada tiga kanak-kanak yang mati di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik.

*Seorang lagi mangsa ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik.

*Mangsa ketiga, seorang pemuda berusia 20 tahun yang menghidap asma kronik dimasukkan ke Hospital Melaka, Ahad lalu dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas sejak 31 Julai lalu.

*Seorang mangsa lagi ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat awal pagi ini.

Sehingga kini sebanyak 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan di 171 negara.

Mohd. Ismail berkata, tiga lagi negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau menjadi lokasi terbaru penularan wabak H1N1 itu di seluruh dunia.

Katanya, mereka yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Beliau berkata, rawatan itu berkesan mengubati pesakit dengan jangkitan virus H1N1 dalam tempoh 24 jam selepas dijangkiti.

''Selepas menerima rawatan, pesakit hendaklah berada di rumah dan mengurangkan pergaulan serta menjaga kebersihan diri,'' katanya. - Utusan Malaysia.


PANDANGAN 1MALAYSIA 1ILTIZAM :

Kerajaan Perlu Bertindak Mengelak Penularan Yang Berleluasa.

1. Wajibkan pemakaian topeng muka kepada semua sekolah dan Universiti berkuatkuasa serta-merta. Ibubapa semakin khuatir dengan bertambahnya angka kematian setiap hari.

2. Jika perlu, tutup kesemua sekolah untuk sementara waktu dan nasihatkan ibubapa supaya tidak membenarkan anak-anak mereka berinteraksi di luar walaupun melalui kelas tusyen, pasar malam dan Pasaraya.

3. Larangan kepada Majlis Perjumpaan Peringkat sekolah dan Universiti.

4. Kesedaran penting dikalangan 1MALAYSIA. Pakai topeng muka yang boleh dibeli di Farmasi. Jangan tunggu Kerajaan membekalkannya secara percuma kerana AH1N1 telah membunuh 13 orang rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak berumur 3 tahun dengan hanya demam selama 4 hari sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T