Skip to main content

KESIHATAN 1MALAYSIA : H1N1: Kawalan lebih drastik jika perlu

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan langkah pengawalan yang lebih ketat dan drastik sekiranya perlu bagi mengelakkan virus selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus menular.

Sambil melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku, Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan semua pihak yang terlibat bagi meneliti setiap cadangan sebelum mengambil sebarang keputusan.

''Cuma masalahnya kalau kita buat sesuatu ia akan melibatkan tindakan seperti membatalkan semua perjumpaan secara terbuka, pertemuan awam dan sebagainya sedangkan banyak keperluan untuk diadakan seperti mesyuarat parti politik, kegiatan rakyat dan sebagainya.

''Namun kalau perlu kita buat sesuatu yang lebih drastik, kita kena buat. Nampaknya kita tidak boleh biarkan perkara ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang dekat sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru H1N1 yang menyaksikan sebanyak lapan lagi kematian disahkan sebagai berpunca akibat virus tersebut hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat H1N1 meningkat kepada 26 di negara ini.

Sementara itu, Najib berkata, beliau akan mendengar terlebih dahulu sebarang pandangan atau cadangan spesifik daripada Kementerian Kesihatan esok sebelum mempertimbangkan sebarang syor dalam menangani wabak ini.

Kata beliau, ini disebabkan terdapat badan bertindak di peringkat kementerian yang terdiri daripada ahli profesional dan sehubungan itu penting untuk mendengar pendapat mereka ini sebelum sesuatu keputusan diambil.

''Lagi pun saya telah serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat Kabinet (Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1),'' jelasnya. - Utusan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T