Skip to main content

KESIHATAN 1MALAYSIA : IJN kini pusat R&D rawatan jantung


Najib Tun Razak sambil diperhatikan Rosmah Mansor membuat gaya tersendiri ketika melawat kanak-kanak yang menjalani rawatan Cardiovascular Rehabilitation di bangunan baru IJN, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Prestij Institut Jantung Negara (IJN) sebagai pusat rawatan jantung terulung di rantau ini terus mendapat pengiktirafan apabila kerajaan hari ini membenarkannya berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyakit itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju meluluskan permohonan IJN bagi menjalankan kerja-kerja R&D sekali gus melengkapkan usaha yang telah dilakukan selama ini.

Menurutnya, amat wajar bagi kerajaan membantu IJN yang keupayaannya terbukti di pentas antarabangsa supaya terus berkembang meningkatkan penghasilan penemuan dan kajian terbaru dalam merawat penyakit jantung.

“Saya percaya dengan wujudnya R&D maka lebih banyak lagi kerja-kerja baru atau kaedah rawatan terkini termasuk dalam bidang stem cells (sel stem) dilakukan oleh IJN,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru IJN di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi IJN, Datuk Mohd. Salleh Ismail; Pengarah Urusan Kumpulan IJN Holdings Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dr. Aishah Ong.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, walaupun IJN dikorporatkan ia tetap menjadi sebahagian daripada Kementerian Kesihatan.

Najib mencadangkan agar IJN memberi tumpuan kepda penanda aras kecemerlangannya dengan pusat perubatan jantung terkemuka di luar negara.

Beliau berkata, antaranya ialah Cleveland Clinic Heart Center di Amerika Syarikat yang disenaraikan di kedudukan teratas selama 15 tahun berturut-turut dalam kategori hospital penjagaan jantung yang diterbitkan US News & World Reports 2009.

Selain itu, Najib berbangga dengan pembukaan bangunan baru IJN yang membuka lembaran baru dalam sejarah institut itu bukan saja dalam negara tetapi turut menempa nama yang tersendiri di rantau ini.

“Saya difahamkan bangunan baru ini turut dilengkapi Hybrid Catheterisation Operation Theatre atau nama ringkasnya ‘Hybrid Cath OT’ yang pertama di Asia Tenggara.

“Ia bilik pembedahan ‘dua dalam satu’ menggabungkan makmal kardiovaskular dan bilik pembedahan jantung dalam satu bilik yang akan meningkatkan keupayaan IJN merawat pesakit jantung khasnya di negara ini dan amnya di rantau ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, IJN yang dikorporatkan pada 1 Ogos 1992 berperanan memberi rawatan dan penjagaan kesihatan jantung yang mendahulukan rakyat walaupun bersarungkan imej korporat.

“Contoh terbaik yang boleh saya beri ialah bagi pesakit kurang berkemampuan membayar kos rawatan sehingga 17 peratus lebih rendah daripada pesakit persendirian biasa.

“Sementara rakyat Malaysia pula amnya membayar sehingga 40 peratus lebih rendah daripada kos rawatan sebenar yang dibayar oleh pesakit antarabangsa.

“Suka saya nyatakan bahawa IJN lambang kepada usaha kerajaan memberi perkhidmatan terbaik demi kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat tanpa melihat pada rupa, bangsa, pangkat mahu pun keturunan,” katanya.

Bangunan baru IJN itu selain mempunyai ‘Hybrid Cath OT’, juga meliputi penambahan tempat letak kereta bertingkat, klinik pediatrik, pengubahsuaian bangunan sedia ada dan penambahan fasiliti akademik Kolej IJN.

Kemudahan secara menyeluruh ini membabitkan penambahan fasiliti, antaranya:

  • Bilangan katil daripada 270 kepada 458 buah.
  • Wad unit rawatan rapi daripada 18 kepada 34 buah.
  • Bilik pembedahan daripada lima kepada tujuh buah.
  • Katil pediatrik daripada 30 kepada 53 buah.
  • Klinik daripada 24 buah kepada 59 buah.
- Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T