Skip to main content

KESIHATAN 1MALAYSIA : Murid tahun enam korban pertama H1N1 di Johor

JOHOR BAHRU 2 Ogos - Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga di sini, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, menjadi korban pertama virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negeri ini hari ini.

Kanak-kanak itu yang tinggal di Jalan Selasih 2, Taman Kenanga di sini meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi setelah tiga hari mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang berkata, keputusan sama ada sekolah terbabit akan ditutup atau tidak, akan diketahui esok.

"Pegawai kesihatan dan pegawai pelajaran akan meninjau keadaan sekolah dan keputusan susulan kejadian ini akan diketahui esok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Dr. Robia Kosai pada sidang akhbar berkata, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke HSA pada 29 Julai lalu selepas mengadu demam dan batuk.

"Namun pada keesokannya, dia telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan dirawat selama dua hari di situ," katanya.

Tambah Robia, Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca bagaimana mangsa boleh dihinggapi wabak H1N1 tersebut.

Jelasnya, mangsa mempunyai penyakit asma yang kronik selain penyakit paru-paru berair.

Kata beliau, sebanyak 120 kes baru H1N1 dicatatkan di negeri ini yang mana 86 kes adalah jangkitan tempatan manakala 34 kes pula adalah import.

"Sebanyak 41 kes kini dirawat di hospital manakala satu kes sedang mendapat rawatan di ICU. Dalam tempoh penularan tersebut juga, sebanyak 10 buah sekolah telah diarahkan tutup dan semua pelajarnya diarahkan menjalani kuarantin," katanya. - Utusan Malaysia.


BERITA LAIN :

- Murid 10 tahun kematian pertama Perak
- 18 lagi kem PLKN ditutup
- Sarawak siasat SMS fitnah sembunyi kes H1N1: Chan
- Pelajar belum wajib pakai topeng mulut, hidung
- ENGLISH : 11-year-old boy is sixth H1N1 death
- Schools to get masks and sanitisers
- Liow: Bigger anti-viral drug stockpile

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T