Skip to main content

KG BUAH PALA : Pemaju tetap robohkan rumah

PENDUDUK Kampung Buah Pala menggunakan kanak-kanak sebagai perisai untuk menghalang rumah mereka dirobohkan, semalam.

Penduduk Kampung Buah Pala diberi tempoh Jumaat untuk berpindah

GEORGETOWN: Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd memutuskan untuk meneruskan tindakan meroboh rumah penduduk di situ, minggu ini.

Pengarah Urusannya, Thomas Chan, berkata pihaknya akan memberikan tempoh sehingga Jumaat ini kepada penduduk untuk berpindah atau membincangkan soal pampasan dengan kerajaan negeri.

"Tempoh itu ditetapkan dengan persetujuan kerajaan negeri. Selepas itu, kami akan datang pada bila-bila masa (untuk roboh). Saya enggan memberikan tarikh khusus kerana tidak mahu ada halangan ketika kerja meroboh," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan penasihat undang-undang penduduk, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff bahawa operasi merobohkan ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini adalah tidak benar.

"Beliau (Yusmadi) hanya memberi penduduk harapan palsu, sedangkan kerja meroboh tetap dilakukan minggu ini. Tarikh 18 Ogos itu hanya menentukan sama ada rayuan mereka didengar atau tidak oleh mahkamah," katanya.

Beliau berkata, pegawai bailif Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga sudah memberi notis kepada penduduk bahawa tempoh untuk mengosongkan rumah mereka tamat semalam (3 Ogos).

Terdahulu pada sidang medianya di Kampung Buah Pala, pagi semalam, Yusmadi berkata, kerja merobohkan hanya boleh dilakukan selepas 18 Ogos, iaitu tarikh ditetapkan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuan penduduk.

Beliau berkata, peguam penduduk, Darshan Singh Kaira pada 31 Julai lalu sudah mengemukakan rayuan menyemak semula keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun lalu.

Sehubungan itu, Yusmadi berkata, Nusmetro Ventures tidak boleh merobohkan rumah penduduk sebelum 18 Ogos dan perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan ketika itu menolak rayuan penduduk terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang (KPKPP) adalah pemilik sah tanah kampung itu.

Berikutan itu, mahkamah pada 2 Julai lalu mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah berkenaan sebelum 3 Ogos lalu bagi membolehkan pemaju memulakan kerja pembangunan.

Sementara itu, suasana Kampung Buah Pala kecoh sejak awal pagi semalam apabila penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun untuk membantah pemaju merobohkan rumah mereka.

Penduduk mula berkumpul seawal jam 6 pagi dan antara tindakan diambil termasuk membuat rantaian manusia di jalan masuk kampung mereka yang turut disertai kanak-kanak dan warga emas.

Suasana bertambah kecoh apabila Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy tiba dengan penduduk menempelaknya kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji membantu mereka.

Mereka yang menyatakan kekecewaan turut mendesak supaya lima wakil rakyat kaum India dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meletak jawatan kerana kegagalan itu. - Berita Harian.




BERITA LAIN :

- Penduduk hairan tiada keputusan
- ENGLISH : Final deadline for Kg Buah Pala folk

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T