Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, August 2, 2009

KHATIB BERPOLITIK DI MASJID : Menyeru Jemaah untuk turun berdemonstrasi Mansuh ISA

Dimana baiknya? Peniaga terpaksa tutup kedai kerana pengikut GMI memasuki kedai mereka untuk menglakkan diri dari ditangkap Polis. Tidak cukup dengan itu, ada peniaga yang rugi kerana barangan mereka(container air) yang pecah akibat dari rempuhan pendemonstrasi. Apakah ini yang dimahukan ALLAH?

MasyaALLAH...teruknya politik Kerajaan Pakatan Selangor. Setelah melihat pengaruh dan kepercayaan rakyat kepada mereka semakin hilang, strategi mereka sekarang telah bertukar dengan menggunakan Membar Masjid untuk dihebahkan melalui Khutbah oleh Khatib yang dijemput.

Kejadian ini berlaku di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam pada Jumaat 31 Julai 2009. Semasa berkhutbah (masih di khutbah yang pertama) Khatib telah menggunakan 'kuasa'nya untuk mengajak Jemaah untuk turun ke jalan berdemontrasi membantah ISA bersama-sama GMI.

Menyusahkan orang lain untuk berurusan. Ada yang mengejar masa untuk menyelesaikan kerja yang diamanahkan kepada mereka tetapi gagal menunaikan amanah itu dengan baik kerana akibat dari idea perhimpunan yang sememangnya bermotifkan politik. Apakah ALLAH mengizinkan ini?

Ini bukanlah kali pertama kerana beberapa minggu yang lalu, di Membar yang sama, Khatib jemputan ini telah mengkritik konsep 1MALAYSIA dan menyatakan bahawa Konsep yang diilhamkan oleh Rais No. Wahid Malaysia, Datuk Seri Najib sebagai lari dari ajaran dan syari'at Islam.

Kejadian ini mendapat bantahan dari beberapa Jemaah yang memekik 'hoi' (sekali sahaja) kerana tidak berpuas hati dengan sindiran dan ulasan yang jauh terkeluar dari teks Khutbah (Khatib tidak mengikut teks Khutbah).

Kitab & Qias mana yang digunakan oleh Khatib ini untuk mengajak Jemaah melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Apakah orang ini (Khatib ini) bertauliah untuk memberi Khutbah kepada Jemaah yang mahukan kupasan sebenar kepada Al-Quran Kitab Suci ALLAH.

Penulis tahu, idea siapakah ini yang mahukan akar umbi (rakyat kebanyakan) lemah (collapse). Pencetus idea ini adalah orang yang sedang menggunakan segala macam kaedah untuk mengumpulkan kekuatan hasil dari kelemahan dan kerapuhan perpaduan rakyat Malaysia.

Apakah kesusahan dan penutupan perniagaan kepada peniaga kecil merupakan Ibadah? Siapakah yang akan bertanggungjawab jika berlaku kerugian kepada peniaga hasil dari kedajalan yang dilakukan Pakatan Pembangkang? Kenapakah mereka (Pakatan Pembangkang) terlalu takut dengan ISA? Apakah mereka mahu melakukan porak poranda, kemusnahan, kerugian dan rusuhan tanpa akan ditahan oleh pihak berkuasa setelah ISA dimansuhkan? Jadi kenapa mesti mereka takut akan ISA? Jalanilah hidup seharian anda tanpa perlu memikirkan untuk melakukan kekacauan di atas muka bumi Malaysia yang aman, makmur serta selamat ini, nescaya tidak akan ada di kalangan kita yang akan di ISAkan. Percayalah kepada ALLAH. ALLAH Maha 'ADIL lagi Maha BIJAKSANA.

Runtuhnya Selangor, dia peduli apa jika ini merupakan faktor yang boleh membantunya untuk naik dan berkuasa. Peduli apa dia jika rakyat kebanyakan yang akan merempat kesusahan hasil kelemahan pergerakan ekonomi dek kerana propaganda dan hasutannya.

Jika dia berjaya melakukan ini (menghasut sedikit demi sedikit Jemaah melalui Khutbah), penulis pasti akan rebahnya perpaduan Islam dan Melayu di negeri yang diwakili oleh Pakatan Pembangkang terutama Selangor.

Tindakan tegas harus diambil untuk menghalang Masjid dari terus digunakan sebagai tempat menyebarkan dakyah 'kedajalan' idea Dajal Besar Malaysia.

JAKIM dan JAIS harus cepat bertindak agar tidak berlaku lagi perkara sebegini kerana DAJAL BESAR ini sedang menggunakan emosi rakyat bagi memecahkan Islam yang 1 serta Melayu yang bersatu.

...Isytiqhorohlah


Perbuatan 'dajal kecil' ini mengundang banyak kemarahan. Anggota Keselamatan yang sepatutnya menjalankan tugas lain atau bercuti terpaksa mengorbankan masa kerja dan masa bersama keluarga hanya untuk mengawal 'dajal kecil' ini. Anggota itu sendiri marah, isteri mereka marah, anak-anak mereka marah dan lebih teruk lagi ALLAH juga Murka dengan tindakan 'dajal kecil' yang sengaja mencari publisiti dan keuntungan politik serta bersikap terlalu mementingkan diri. WALLAHUALAM.

1 comment:

  1. apa hukum yang dia pakai pun tak tahu lah. khatib dah berani...tgu sikit hari lagi, bankrup la Selangor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...