Skip to main content

Kuasa Melebihi Segalanya?

By administrator | Category: Berita Lain

pas diperkudakan new

Bangsa Melayu yang semestinya beragama Islam di negara ini hanya akan bersatu apabila merasakan kedudukan dan hak-hak keistimewaan mereka akan tergugat. Melayu pernah bersatu ketika menentang Malayan Union, Melayu pernah bersatu ketika menuntut kemerdekaan dan Melayu juga pernah bersatu ketika peristiwa 13 Mei 1969. Semuanya kerana apa?

Begitulah ungkapan yang pernah dicetuskan oleh Tan Sri Sanusi Junid di dalam forum bual bicara yang bertajuk ‘UMNO menempuh arus’ pada bulan lalu.

Tetapi, senario yang berlaku pada masa kini semakin meruncing apabila terdapat segelintir orang-orang Islam bersekongkol dengan pihak-pihak yang secara terang-terangan menentang agama Islam sehingga mengungkapkan kata-kata langkah mayatnya dahulu jika berniat untuk menegakkan negara Islam.

Semuanya itu, mungkin golongan tersebut telah menghadamkan ‘fatwa’ penasihat amnya yang mengatakan dibolehkan berkawan dengan syaitan.

Tetapi juga, adakah mereka yang bersekongkol mempedulikan akan tindakan-tindakan rakan sekutunya secara terang-terangan menghina kesucian agama Islam dari isu babinya, isu araknya hinggalah kepada isu menuduh umat Islam ekstremis.

Seperti dapat dibaca, tiada tindakan yang sewajarnya dari pihak mereka melainkan sekelumit individu sahaja yang bersuara mengenai isu arak itupun kemudiannya disenyapkan oleh rakan sekongkolannya.

Jelas, Pas memang tidak mampu membuat apa-apa di dalam gabungan pakatan longgar sesama mereka. Tidak lain dan tidak bukan semuanya kerana kepentingan kuasa melebihi kepentingan agama Islam itu sendiri.

Niat baik yang dibalas oleh kepimpinan UMNO mengenai kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh presiden Pas sendiri dan sebelumnya dengan pelbagai istilah muzakarah, muqabalah iaitu usaha mencari titik pertemuan antara kedua-dua dipandang sepi dan diperlekehkan oleh mereka sendiri.

Niat UMNO hanyalah satu, demi perpaduan ummah dan kepentingan rakyat keseluruhannya, tetapi semuanya itu ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan parti yang kononnya mengatakan sebagai pendukung Islam.

Di mana yang mereka katakan sebagai pendukung kesucian agama Islam sekiranya perkara asas yang dituntut oleh Allah dan RasulNYA supaya umatnya bersatu padu diperlekehkan? - UMNO online.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T