Skip to main content

Pembangkang jangan hanya berprasangka buruk terhadap SPRM

KOTA KINABALU 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pembangkang sepatutnya memberi kerjasama dan bukan hanya berprasangka buruk terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan kes rasuah.

Beliau berkata, pembangkang tidak perlu khuatir kerana sehingga kini, SPRM telah membuktikan yang ia berjaya mengambil tindakan saksama ke atas semua kes rasuah.

Malah, kata Timbalan Perdana Menteri, prosedur siasatan yang diguna pakai oleh SPRM tidak pernah berubah daripada organisasi itu dikenali Badan Pencegah Rasuah (BPR) hingga sekarang.

''Waktu lepas-lepas tiada masalah. Prosedur masih sama. Sesiapa pun dipanggil mereka memberikan kerjasama.

''Sepatutnya, pihak pembangkang tidak harus mengambil tindakan yang dilihat tidak bekerjasama. Selepas itu, membuat pelbagai andaian (seolah-olah) SPRM ini tidak bertindak cara saksama. Tidak boleh begitu, sebab dalam rekod SPRM, semua yang terlibat diambil tindakan yang sama," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini selepas mengakhiri lawatan sehari ke Sabah hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Beliau mengulas kekecohan yang berlaku ketika SPRM cuba menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa wang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam kejadian di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor itu, SPRM dituduh bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan kepada Chuan How.

Insiden itu mendorong Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan kecaman yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Muhyiddin berkata, ahli pembangkang yang disiasat tidak perlu bimbang kerana mereka belum dituduh atau dibawa ke mahkamah.

Katanya, siasatan itu penting bagi memastikan proses undang-undang berjalan.

''Tak payah hendak melawan-lawan. Mereka belum dituduh," katanya.

Ditanya mengenai cadangan diwujudkan mekanisme siasatan yang berbeza antara orang politik dan awam, Muhyiddin berpendapat, tindakan penguatkuasaan undang-undang rasuah tidak sepatutnya dibeza-bezakan.

Beliau berkata, semua lapisan masyarakat perlu dilayan dengan sama kerana apa yang paling penting adalah usaha membanteras rasuah.

''Orang politik ka.. tak politik ka... perkara utama berbangkit adalah isu rasuah," katanya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T