Skip to main content

Pengkhianat perlu ditentang


Muhyiddin Yassin meneliti memorandum yang diserahkan oleh Abdullah Sibil (kanan) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam. – BERNAMA


KUDAT 16 Ogos – Mana-mana pihak yang mencetuskan isu berbaur perkauman atau mempertikai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan merupakan pengkhianat bangsa dan negara, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu akan meletakkan negara dalam situasi huru-hara dan menggugat keamanan yang sudah dikecapi sejak sekian lama.

“Jangan ada pihak cetuskan atau bangkitkan perkara-perkara yang sudah dipersetujui, tidak ada yang lebih penting daripada perkara itu (mematuhi Perlembagaan).

“Kalau ada petualang yang boleh jejas atau timbulkan pertikaian, cetuskan (isu) perkauman, (kita) anggap sebagai pengkhianat bangsa kita dan pengkhianat harus ditentang habis-habisan,” tegas beliau ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kudat dan Kota Marudu secara serentak di Dewan Tun Mustapha di sini, hari ini.

Penegasan beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 1,500 perwakilan UMNO di kedua-dua bahagian itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Ketua UMNO Bahagian Kudat, Bolkiah Ismail dan Ketua UMNO Kota Marudu, Wetron @ Mohd. Fikri Bahanda.

Rabu lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau supaya menghormati semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Peringatan tersebut dibangkitkan oleh beliau berikutan beberapa pihak baru-baru ini yang dikatakan menghina Sultan dan agama Islam melalui laman blog.

Muhyiddin berkata, rakyat negara ini sudah hidup aman damai, makmur dan sejahtera untuk satu jangka masa yang panjang dan nikmat itu tidak perlu dimusnahkan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia adalah satu negara yang luar biasa meskipun rakyatnya berbeza bangsa, budaya dan agama, tetapi dapat hidup secara harmoni.

Sehubungan itu, katanya, berpandukan gagasan 1Malaysia, semua kejayaan yang dicapai sebelum ini dalam semua bidang akan diperkasakan.

“Kita akan berusaha untuk mengukuhkan pencapaian kita dalam bidang ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan dan sebagainya, kita mahu usaha ini diteruskan,” ujarnya. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T