BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mempunyai banyak isu untuk dibangkitkan ketika kempen pada pilihan raya kecil berkenaan bagi membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan mereka.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa yang berlaku pada parti Pas dan apa yang mereka lakukan selama ini seperti pembohongan, penipuan dan mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang.
Beliau berkata, BN tidak akan sesekali berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.
"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasarkan fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya
"Saya berpendapat dalam situasi selepas pilihan raya kecil Manek Urai dan langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir," katanya.
Beliau berharap BN akan mendapat sokongan lebih baik pada pilihan raya kecil ini, berbanding pilihan raya umum lalu. - Berita Harian.
Comments
Post a Comment