Skip to main content

Pertandingan Dua Penjuru, BN Sedia Gempur

By administrator | Category: Berita Utama

calon-rohaizat

PERMATANG PAUH, 17 Ogos – Proses penamaan calon pagi tadi berjalan lancar dengan pengumuman rasmi, pertemuan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman yang akan menentang calon PAS, Mohd Salleh Man.

Sesungguhnya, dengan pengumuman tersebut maka tempoh berkempen bermula lantas BN sendiri telah bersedia menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir sedang difahamkan PAS sendiri bertungkus lumus berusaha bagi mengekalkan kedudukan mereka di sini.

Apa yang pasti, misi BN kali ini adalah lebih sempurna apatah lagi dengan semangat baru yang telah ditiupkan oleh barisan pemimpin di samping struktur dan jentera parti yang sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, calon BN diterima dengan sepenuhnya oleh semua peringkat dengan latar belakang pendidikan dan kepimpinan disegani, di samping sentiasa merendah hati khususnya dalam setiap komunikasi dengan masyarakat.

Lantaran itu, sebagai memulakan langkah berkempen dan mendekati masyarakat tempatan, Rohaizat telah melakukan kunjungan dengan menziarah para penduduk di sini termasuk menghadiri beberapa ceramah.

Dengan kesempatan tersebut, Rohaizat memohon kepada semua para pengundi agar dapat memberi peluang kepada beliau untuk menabur khidmat bakti dalam membawa perubahan dan kemajuan kepada penduduk tempatan.

Selaras dengan seruan Perdana Menteri melalui slogannya ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ tentunya Rohaizat enggan melepaskan peluang bagi membawa kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu atas landasan untuk kecemerlangan dan kesejahteraan berpanjangan khususnya dalam semua aspek sama ada ekonomi, politik dan sosial.

Dalam merialisasikan hasrat tersebut, para pengundi bertanggungjawab dalam memastikan wakil rakyat yang dipilih mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang digalas dengan penuh dedikasi dan amanah tanpa meletakkan kepentingan diri sendiri.

Sesungguhnya andalah penentu bagi memilihlah BN bersama kesinambungan Permatang Pasir di masa hadapan. - UMNO online.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T