Skip to main content

Rakyat didahulukan : Jaminan akses rumah berkualiti, mampu milik - PM

PETALING JAYA 3 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan berpendapatan rendah akan terus dipastikan mendapat akses kepada rumah yang mampu dimiliki serta berkualiti dengan dilengkapi kemudahan sesuai.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang mengkaji untuk mewujudkan model perumahan sosial negara yang berdaya tahan dan terbaik bagi manfaat semua termasuk pemaju.

''Sekarang adalah masanya untuk kerajaan melakukan perubahan besar kepada sistem semasa dan tampil dengan formula menang-menang untuk semua pihak yang terlibat.

''Kita mahu supaya agenda sosial terus direalisasikan seiring dengan pertumbuhan kemajuan sektor swasta,'' katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) ke-39 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Presiden REHDA, Datuk Ng Seing Liong.

Najib pada masa sama memberi jaminan kerajaan akan sentiasa mendengar dan memberi perhatian terhadap apa juga pandangan termasuk keluhan pemaju mengenai amalan sistem sedia ada.

Katanya, kerajaan dalam hal ini berterima kasih kepada industri perumahan kerana ketabahan dan komitmen yang ditunjukkan sejak sekian lama termasuk sokongan dalam menjayakan agenda negara.

''Sektor perumahan swasta negara dalam banyak keadaan adalah unik. Ia berkenaan satu-satunya industri yang bukan sahaja melibatkan usaha ekonomi semata-mata tetapi juga memikul tanggungjawab memenuhi agenda sosial negara.

''Melalui polisi perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana termasuk kuota bumiputera serta diskaun, pihak industri memainkan peranan penting bukan hanya kepada aspirasi pemilikan rumah rakyat tetapi juga peranan sosioekonomi,'' jelasnya.

Mengenai kuota bumiputera tidak terjual yang menjadi permasalahan kepada industri, Perdana Menteri dalam ucapannya menggesa pihak berkuasa negeri supaya mengkaji secara objektif supaya penyelesaian jangka panjang dapat dicari.

Beliau berkata, pendirian kerajaan dalam soal keadilan sosial adalah jelas dengan pada masa sama tetap menyedari unit kuota bumiputera di kawasan permintaan yang kurang akan memberi masalah kepada pemaju.

''Bukan niat kerajaan untuk membebankan industri ini dan penyelesaian yang segera kepada masalah ini akan membantu ia terus berkembang dan mewujudkan pelaburan semula untuk kebaikan ekonomi.

"Oleh itu, kerajaan akan meneliti segala cadangan yang dikemukakan REHDA termasuk mempertimbangkannya di dalam bajet akan datang,'' katanya.

Najib menambah, sebagai kerajaan yang responsif, pihaknya mengalu-alukan perbincangan dengan sektor swasta khususnya REHDA dalam mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu berlarutan dan cabaran dalam industri ini.

Dalam hal ini, katanya kerajaan terbuka kepada cadangan memperbaiki keadaan yang mampu membantu industri ini memasuki era model ekonomi baru termasuk cadangan spesifik untuk melonjakkan permintaan dan aktiviti pasaran demi kebaikan rakyat.

''Industri ini mesti terus memikul peranan dengan menyediakan perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki kepada negara dalam cara yang efisien dan efektif,'' katanya. - Utusan Malaysia.

PEOPLE FIRST : Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat greeting Najib before the ECER development council meeting in Putrajaya yesterday. Looking on is Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman (left). — Bernama

BERITA LAIN :

- Raja Arshad, Rahman terajui Ekuinas
- Tumpu minda laksana NKRA
- Mesyuarat ECER bincang Zon Ekonomi Khas
- PM rasmi Projek Agropolitan Pekan hari ini
- Agropolitan Pekan ubah nasib miskin tegar
- Rebat untuk semua lebuh raya
- Akta baru kawal peniaga
- Teh tarik, roti canai RM1 di Restoran Rakyat 1Malaysia
- MPPP di setiap kawasan Parlimen
- Kaji semula Akta Kebangkrapan
- Tidak perlu jawatankuasa pantau air - Fah Kui
- Sedia lanjut tarikh rundingan beli aset konsesi air
- ENGLISH : Raja Arshad appointed Ekuinas chairman
- 20pc card rebate for all toll highways
- 2 projects for school holiday crowds
- Carnival to raise funds
- Housemanship extended to two years
- 'Cut water bill by storing rainwater'
- Najib: Work on NKRA targets or face the music
- Najib to visit Batu Caves temple
- Five growth clusters to boost ECER

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T