Skip to main content

SAY NO TO DEMOS : Demo ISA: Polis diarah siasat pemberi upah

PEKAN 4 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu telah diupah oleh pihak tertentu.

Perdana Menteri juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu untuk menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

''Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan di Kampung Runchang dekat sini, hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung perkara itu.

Beliau turut mendakwa memperoleh maklumat penganjuran perhimpunan itu bertujuan mengalih tumpuan rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Najib berkata, tindakan mengikut lunas undang-undang akan dilaksanakan terhadap pihak yang terbabit jika dakwaan itu terbukti benar.

Sebarang bentuk tindakan, jelas beliau, berdasarkan sejauh mana pembabitan pihak terbabit dalam demonstrasi jalanan itu.

"Terpulang kepada polis (untuk mengambil tindakan). Undang-undang negara memang telah ada dan sejauh mana pembabitan yang boleh disabitkan," katanya. - Utusan Malaysia.

BERITA LAIN :

- Demonstrasi haram bukti ISA masih perlu
- Melayu semakin luntur semangat patriotik?
- Anak saya diperguna sertai demonstrasi - Abdul Aziz
- Demo: Tindakan tegas ibu bapa babitkan anak anak-anak
- Musa janji dalang perhimpunan haram akan didakwa
- Ambil tindakan pemimpin pembangkang beri upah
- Tiada penuntut IPTA sertai perhimpunan
- Negara kacau-bilau tanpa ISA
- Sokong kenyataan Dr. Ridhuan Tee
- ENGLISH : Anti-ISA rally: Parents to face the music
- Probe to see if some were hired to join rally
- Survey of losses by KL traders

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T