Skip to main content

Si Kitul jual maruah bangsa

TANAH MERAH 15 Ogos - UMNO Bahagian Tanah Merah bimbang dengan gelagat sebilangan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan bangsa kerana kemaruk mendapatkan kuasa.

Sambil menyifatkan mereka ini bagaikan cuba mengulangi sejarah Si Kitul yang meruntuhkan tamadun silam, bahagian itu berikrar berdiri teguh mempertahankan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz (gambar) memberitahu, pihaknya menyokong penuh Timbalan Presiden dan mana-mana pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

''Mereka tidak perlu meminta maaf biarpun terpaksa berdepan dengan tindakan saman ratusan juta ringgit," katanya selepas persidangan perwakilan bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini hari ini.

Menurut beliau, pendirian bahagian tersebut itu merupakan sebahagian daripada enam usul yang diluluskan dalam persidangan perwakilan selepas dibentangkan oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusof.

Terdahulu Ikmal Hisham merasmikan serentak mesyuarat empat peringkat UMNO Bahagian Tanah Merah yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.

Usul itu menyebut bahawa UMNO Tanah Merah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadi petualang kepada survival bangsa dan tidak akan merelakan berulangnya sejarah pengkhianatan Si Kitul yang akhirnya meruntuhkan tamadun Melayu Melaka.

Bahagian itu turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam bersatu dan bertekad mempertahankan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera lainnya.

''Kita tidak mahu apa yang termaktub dalam perlembagaan diperlekeh, dicabar dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang semakin berani mempertikai apa yang telah dipersetujui sekian lama.

''Kami menuntut pihak berkuasa bertindak tegas dan mengambil langkah pencegahan dalam menangani perbuatan menghina Islam, orang Melayu dan institusi raja Melayu yang semakin menjadi-jadi," katanya.

Bahagian itu turut bertekad untuk bersama mempertahan organisasi media Melayu - Utusan Melayu (M) Bhd. sebagai sebuah institusi Melayu yang sentiasa memperjuang dan mempertahankan kedudukan agama, bangsa dan tanah air daripada anasir bersifat perkauman yang cuba melemahkan kedudukan bangsa. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T