Skip to main content

SPRM perlu berani – Hisham

PETALING JAYA 16 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu berani berhadapan dengan cabaran, bukan melepaskan tanggungjawab dengan tidak menyiasat individu yang melakukan kesalahan rasuah kerana tekanan politik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tujuan utama SPRM ditubuhkan ialah bagi memastikan gejala rasuah sama ada di kalangan orang biasa, wakil rakyat termasuk pembangkang dan kerajaan serta menteri disiasat dengan telus dan adil.

“Saya harap SPRM bersabar, kita semua faham tekanan yang dihadapi mereka tetapi cara mengatasinya bukannya lari daripada amanah yang diberikan, suruhanjaya ini adalah bebas dan telus, mungkin secara kebetulan ada wakil rakyat pembangkang yang disiasat.

“Malah kita dalam UMNO kalau nak diikutkan turut rasa kecewa kerana ada juga pemimpin kita yang disiasat dan kita memang memberikan kerjasama yang baik kerana itu yang rakyat mahukan iaitu sebuah badan bebas yang menjalankan siasatan dengan telus dan adil,” katanya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull bahawa semua siasatan bersabit dengan ahli politik akan dihentikan buat sementara waktu ekoran daripada tuduhan negatif beberapa pihak terutama parti pembangkang yang telah menjejaskan imej suruhanjaya itu.

Hishammuddin turut diminta mengulas status perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang bakal berakhir pada 12 September ini, sama ada akan disambung atau digantikan individu lain.

Beliau berkata, perkara itu masih lagi belum diputuskan kerana perkara yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini ialah bagi memastikan keselamatan rakyat dan keharmonian negara terus terpelihara.

“Kekuatan polis, keselamatan rakyat dan keharmonian negara bukannya bergantung kepada individu tertentu sahaja ia adalah usaha kolektif, persoalan sama ada beliau (Musa) akan disambung lagi atau tidak, bukannya isu penting,” katanya.

Musa dilantik sebagai Ketua Polis Negara selama setahun yang berkuat kuasa pada 12 September 2006, bagaimanapun perkhidmatannya disambung lagi secara kontrak selama dua tahun yang akan berakhir 12 September ini. - Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T