Skip to main content

Untuk mengkhianati Melayu & Negara : Anwar minta Ezam 'bangkitkan' isu kotak

1. Saya ada terbaca mstar online dan salah satu berita yang dipaparkan ialah 'Kemunculan sulung Ezam di PJS : Disambut 'meriah' kawan dan lawan".

2. Ezam sewaktu dipecat UMNO dulu, merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO di situ. Sewaktu mula memegang jawatan itu, Ezam adalah merupakan Timbalan Ketua Bahagian termuda iaitu pada usia 29 tahun.

3. Apabila DSAI dipecat, Ezam mengikut DSAI kerana Ezam adalah Setiausaha Politik DSAI di Kementerian Kewangan.

4. Berbalik kepada cerita kotak ni, ianya mula disebarkan Ezam di dalam ceramahnya pada bulan Ogos 1999 di Pasir Salak.

5. Biasalah Ezam juga manusia, semasa berceramah, dia 'terhanyut' dengan sorakan dan sokongan penyokong fanatik PKR. Akibat 'terhanyut' dan seronok Ezam terlepas cakap hal kotak ni.

6. Pada malam itu, Ezam berucap dan menyebut "kita ada 5, 6 kotak dokumen yang membabitkan rekod rasuah Pemimpin BN dan macam-macam lagi.

7. Kebenarannya, sewaktu berceramah terkeluar isu 5, 6 kotak ni, Ezam sendiri belum pasti apakah benar dakwaan yang dibuatnya kerana dia sendiri tidak pernah melihat 'kotak' tersebut. Saya ada bersama Ezam pada malam itu.

8. Cuma yang pasti waktu itu adalah 'arahan' dari DSAI untuk 'belasah' BN teruk-teruk. Inilah yang dikatakan 'taktik Anwar', "belasah je dulu, bukti tarak tak pa...janji orang seronok dengar,tepuk, sorak, Takbir dan negara lingkup tak pa sebab boleh salahkan BN". Itu saja matlamat Anwar dan Ezam sebagai seorang yang setia (pada waktu itu) ikut saja cara politik Anwar.

9. Nak dijadikan cerita, esok malamnya Ezam dan saya ke banglo mewah Azmin di Taman Tasik Titiwangsa. Sebuah banglo yang cukup besar bak istana dan tidak mampu dimiliki oleh seorang bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Perdana Menteri.

10. Tujuan ke rumah Azmin adalah untuk mendapat kepastian mengenai isu 'kotak' yang disebarkan di dalam ceramah Ezam pada malam sebelumnya.

11. Setelah diyakinkan Azmin, Ezam percaya bahawa 'kotak' itu ada disimpanan adik Anwar bernama Rosli ( rumah di Taman Teratai, Ampang). Kalau tak silap saya, Adlin Murtadza (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) pun ada pegang juga dokumen tersebut kerana saya pernah ke rumah Adlin di Subang Jaya.

12. Sebenarnya Ezam sendiri tidak pernah melihat bukti 'kotak' ni. Cuma yang ada pada Azmin hanyalah dokumen pengisytiharan harta oleh Pemimpin BN Selangor pada waktu itu serta 2 dokumen yang melibatkan 2 orang Menteri Pusat pada waktu itu (isu in telah disebarkan oleh PKR semasa PRU 1999).

13. Dokumen pengisytiharan harta pemimpin BN Selangor diperolehi oleh Anwar sewaktu menjadi Pemangku Perdana Menteri pada 1997. Anwar meminta semua Pemimpin BN mengisytiharkan harta dan dokumen itulah yang digunakan oleh Anwar & Azmin untuk menyerang individu tertentu (Dato' Fuad Hassan) di negeri Selangor semasa PRU 1999.

14. Ertinya isu 'kota' tidak wujud lagi. Yang ada cuma 2, 3 helai dokumen saja. Bayangkanlah betapa busuknya hati Anwar, mempergunakan emosi Bangsa Melayu bagi dijadikan 'senjata dan peluru perjuangan sengetnya itu'.

15. Jadi kalau tanya Ezam pasal isu 'kotak', Ezam tidak akan menjawab dan pasti melepaskannya kepada Anwar. Ezam tahu sebenarnya itu adalah taktik Anwar dan Azmin yang mahukan Ezam 'membelasah' BN seteruk-teruknya atau dalam erti kata lain, Ezam dijadikan 'kambing hitam'.

16. Dengan penceritaan di atas, saya berharap lepas ini, rakyat tidak lagi mudah diperkotak-katikkan oleh Anwar Ibrahim. Cerita 'kotak' ni dihebahkan semasa Anwar 'di dalam'.

17. Bayangkanlah sewaktu 'di dalam' pun Anwar boleh porak-porandakan negara inikan pulak sewaktu 'di luar'.

18. Walau apapun, yang nak disampaikan kepada rakyat, janganlah percaya kepada polimik murahan Anwar dan kuncu-kuncunya. Bagi Anwar niatnya hanya 1 iaitu dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dengan cara mengkhianati bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang tercinta ini.

19. Cara bagaimana untuk menjadi Perdana Menteri itu, belakang kira waima ianya melibatkan kesusahan kepada rakyat (telah dibuktikan dengan kerugian berjuta ringgit rakyat (peniaga di Jalan TAR), pun dia tak kisah. Yang dia tahu, dia nak jadi Perdana Menteri.

20.Rakyat mesti tahu, PPMSI ka, HINDRAF ka, GERAKAN MANSUH ISA ka, apa ka...semuanya kerja Anwar. Sebab itu Karpal Singh suruh "Anwar mesti bertaubat. Dia (Anwar) telah banyak melakukan masalah kepada Negara".

21. Harapan saya, sebagai Ahli UMNO Ezam sepatutnya berterus-terang kepada rakyat. Betulkan balik kesilapan lalu yang telah membuat sebahagian rakyat percaya kepada isu 'kotak' ini. Biar rakyat yang tahu dan nilai siapa sebenarnya Anwar.

22. Bukan itu sahaja, Ezam juga telah terlibat untuk menghasut rakyat agar percaya kepada setiap patah ucapannya (pada masa itu). Dengan hasutan itu, Ezam telah berjaya membangkitkan perasaan benci rakyat kepada Pimpinan Negara masa itu terutama Dr. Mahathir sehingga digelar dengan MAHAZALIM, MAHAFIRAUN serta macam-macam lagi.

23. Selagi mana ini semua tidak dibetulkan dan diceritakan denga ikhlas dan jujur kepada Rakyat, selagi itulah ALLAH akan menambah rekod 'di sebelah kiri' anda...WALAHUALAM

Isytiqhorohlah DEMI KeBENARanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T