Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, September 2, 2009

Ahli Bakti anjur solat tasbih, hajat

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam menghadiri majlis solat sunat tasbih dan hajat anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di kediaman rasminya di Sri Satria, di sini.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, program itu adalah antara sebahagian daripada aktiviti kerohanian Bakti untuk ahli-ahlinya sempena bulan Ramadan.

"Ia bukan sekadar aktiviti kerohanian semata-mata tetapi ia juga mampu mengukuhkan hubungan antara ahli Bakti serta jemputan yang hadir," katanya.

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Majlis yang berlangsung kira-kira tiga jam itu disertai kira-kira 300 jemputan terdiri daripada ahli Bakti, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat) dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada majlis sama, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menyampaikan 500 kotak kuih tart nanas kepada Bakti untuk disumbangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sumbangan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar kepada Rosmah sambil disaksikan Pengerusi LPNM, Datuk Hasni Mohamad. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...