Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
IPOH: Pakatan Rakyat yakin dapat merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan walaupun kawasan itu dianggap kubu kuat Umno.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata parti komponen dalam Pakatan Rakyat mesti bekerja keras untuk memujuk pengundi termasuk kira-kira 5,000 pengundi pos untuk memenangi kerusi berkenaan.
"Sekarang kita mesti menang di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Kita mesti bekerja keras dan berdoa.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas wakil rakyatnya, Azman Mohd Noor, 54, meninggal dunia Jumaat lalu.
DUN berkenaan mempunyai 14,192 pemilih berdaftar dengan kira-kira 70 peratus pemilih Melayu, 20 peratus India dan bakinya Cina.
Dalam ucapannya, Anwar menyindir Suruhanjaya Pilihanraya yang menegaskan pilihan raya di Malaysia adalah adil dan bersih.
"Memang pilihan raya kita bersih. Undi pos dia sapu bersih," sambil disambut dengan gelak-ketawa dan tepukan penyokong PKR yang kebanyakannya Cina.
Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bersama semua pemimpinnya utama Khamis ini. - Berita Harian
Comments
Post a Comment