Skip to main content

Anwar tak patut tangguh kes liwat

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melengah-lengahkan perbicaraan kes tuduhan liwat membabitkannya kerana ia bercanggah dengan prinsip menyegerakan keadilan yang dilaung-laungkan selama ini.

Katanya, kes Anwar yang pertama kali disebut pada 10 September tahun lepas itu telah menghampiri tempoh setahun dan tidak sepatutnya ditangguhkan lagi jika Anwar benar-benar mahu mencari keadilan dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, permohonan penangguhan berkali-kali oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu seolah- olah cubaan pihaknya untuk mengalih perhatian rakyat yang tertunggu-tunggu kes tersebut dibicarakan.

''Jika Anwar tidak bersalah seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini, maka tidak perlu ditangguhkan kes ini lagi, ia tidak adil kepada pihak yang satu lagi,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai permohonan Anwar untuk menangguhkan sekali lagi kes tuduhan liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan yang kini genap setahun 10 September selepas kali pertama disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar bersetuju dengan pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa tindakan Anwar itu seolah-olah mempersendakan mahkamah dan memberi tekanan kepada Saiful Bukhari.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengeluarkan amaran kepada Anwar supaya tidak sengaja melewat-lewatkan kes tersebut dengan mencipta pelbagai alasan kerana ia memberi kesan kepada perjalanan mahkamah itu sendiri.

Beliau berkata, penangguhan kes secara keterlaluan itu membazirkan masa mahkamah dan pasukan pendakwa serta Saiful Bukhari sendiri yang kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan.

''Anwar sepatutnya menyegerakan proses membersihkan nama beliau dan seterusnya membuktikan bahawa kes liwat itu tidak pernah terjadi.

''Langkah segera itu penting kerana Saiful Bukhari juga mahu membuktikan dirinya adalah mangsa dalam kes itu dan kedua-dua pihak sepatutnya menyerahkan kes itu untuk dibicarakan mahkamah secepat mungkin,'' katanya.

Rosnah berkata, hanya dengan membentangkan kes tersebut di mahkamah kedua-dua pihak dapat membuktikan siapa yang benar dan siapa yang bersalah. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T