Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, September 9, 2009

BN digesa aktif daftar pengundi

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa supaya aktif mendaftarkan para pengundi baru demi memastikan amalan demokrasi hidup subur di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, kegagalan mendaftarkan pengundi baru menunjukkan parti-parti gabungan itu leka dalam memperjuangkan ideologi masing-masing.

"Satu usaha terancang perlu dilakukan kerana jika keadaan ini berterusan, pembangkang akan terus jauh sehingga berupaya mengatasi kita," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai parti politik yang paling aktif mendaftarkan pengundi baru berusia 21 tahun ke atas.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, DAP merupakan parti paling aktif membantu badan itu mendaftarkan pengundi baru, diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...