Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, September 3, 2009

Bukti kebaculan Anwar Usaha Anwar lucut kelayakan pendakwa jelas mencabul proses mahkamahdan usaha melengahkan kes :

KUALA LUMPUR 3 Sept. — Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan berhubung perbicaraan kes liwatnya tidak lebih daripada satu pencabulan yang terang-terangan dalam proses mahkamah, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Dalam hujahnya, Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun berkata, mahkamah sepatutnya menolak permohonan itu berasaskan bahawa Anwar memohon untuk melarang pasukan pendakwaan melaksanakan tugas berkanun mereka.

“Permohonan ini tidak berasas. Hujah kami ialah supaya permohonan ini digugurkan atau ditolak dengan kos,” kata Mee Chun.

Beliau berkata, pendakwaan berhubung kes liwat ini tidak boleh dikaji semula oleh mahkamah rayuan.

Usaha itu adalah “benar-benar” serangan ke atas kuasa Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...