Skip to main content

Gagal urus perpaduan antara kaum

SHAH ALAM 6 Sept. - Insiden kekecohan yang berlaku ketika majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 di sini berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 semalam membuatkan kerajaan negeri dikritik hebat kerana didakwa gagal menguruskan perpaduan antara kaum di Selangor.

Kritikan dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik Selangor dibuat kerana mereka berpendapat insiden sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan majlis itu diadakan untuk menyelesaikan kemelut tersebut bukannya memburukkan lagi keadaan.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela NGO Selangor (GPSS), Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, tindakan kerajaan negeri mencampur-adukkan penduduk Melayu dan India adalah langkah tidak bijak kerana ia telah mencetuskan perkara tidak diingini termasuk menjejaskan hubungan sesama mereka.

''Walaupun kerajaan negeri menangguhkan keputusan dan menghentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil Seksyen 23, ia dilihat dapat menyelesaikan kemelut penduduk, namun ia sebenarnya telah mewujudkan satu masalah baru di kawasan itu.

''Saya khuatir insiden semalam itu yang pastinya memberi kesan kepada hubungan antara penduduk Melayu dan India di kawasan Seksyen 23 yang terjalin selama ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, majlis dialog tidak sepatutnya disertai masyarakat India dan Melayu di kawasan itu kerana masing-masing dipengaruhi emosi hingga boleh mendorong sesuatu yang buruk berlaku.

Sepatutnya langkah terbaik kerajaan negeri ialah mengadakan perbincangan secara berasingan dengan penduduk mengikut kaum bagi mendengar pandangan mereka sebelum membuat keputusan.

''Tidak boleh buat dialog sedemikian (campurkan kaum) yang didorong oleh emosi. Namun, langkah paling terbaik ialah kerajaan negeri adakan perbincangan dengan penduduk lebih awal sebelum membuat cadangan membina kuil di kawasan itu,'' jelasnya.

Semalam, majlis dialog bersama penduduk berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mencetuskan kekecohan apabila berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah keras cadangan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan kediaman mereka.

Selain perang mulut, penduduk juga turut mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak dapat menahan kemarahan mereka setiap kali Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail memberi penjelasan terhadap soalan yang dikemukakan.

Namun, suasana kekecohan itu menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India bangun dan menegaskan cadangan pembinaan kuil itu telah dipersetujui oleh 48 keluarga India di kawasan itu.

Tambah Mat Yasir, pembinaan masjid tidak sepatutnya dibangkitkan kerana setiap pembinaan rumah ibadat umat Islam itu tidak boleh dibina sewenang-wenangnya kerana ia perlu mematuhi beberapa syarat dan peraturan ditetapkan termasuk bilangan umat Islam di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan insiden kekecohan semalam jelas membuktikan sikap ambil lewa kerajaan negeri menangani masalah melibatkan kaum di Selangor.

Ini kerana, katanya, walaupun mengetahui isu cadangan pembinaan kuil Hindu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di Seksyen 23, kerajaan negeri turut menyertakan penduduk India dalam majlis itu yang turut didorong oleh emosi, tidak puas hati dan sebagainya.

''Mungkin kerajaan negeri fikir mereka boleh kendalikannya tanpa sebarang masalah. Tapi sebenarnya tidak, kerana dalam keadaan itu isu sensitif membabitkan satu sama lain akan disentuh, tak dapat lari," jelasnya.

Katanya lagi, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dahulu, sebarang perkara yang melibatkan kaum kita bincang secara berasingan dan pandangan setiap kaum itu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T