PUTRAJAYA: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak yang terbabit dalam isu pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam, bagi mengelakkan ia menjadi isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata pihaknya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dalam isu itu kerana penduduk memang berhak membuat bantahan jika sesuatu dirasakan tidak kena di kawasan mereka.
"Mengikut akta, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk sebelum meluluskan sesuatu projek," katanya kepada media selepas menghadiri majlis taklimat di JPNIN, di sini, semalam. - Berita Harian
Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.
Comments
Post a Comment