Skip to main content

Jawatan Kuasa Induk Pindaan Perlembagaan Putus Lima Premis Asas

By administrator | Category: Berita Utama

PC LD

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO telah bersetuju dengan beberapa cadangan daripada peringkat akar umbi bagi memenuhi cita rasa ahli-ahli UMNO khususnya dalam rangka pindaan Perlembagaan UMNO.

Hasil daripada perbincangan dan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, diputuskan lima premis asas yang akan menjadi tunjang kepada pindaan Perlembagaan tersebut iaitu:

1. Usaha peringkat akar umbi dalam membawa bagaimana penglibatan jumlah perwakilan yang boleh diperluas untuk memilih pemimpin di semua peringkat;
2. Memudahkan ahli untuk bertanding;
3. Menjadikan UMNO lebih eksklusif;
4. Usaha untuk mengurangkan masa berkempen dari peringkat cawangan, bahagian hinggalah ke peringkat pusat;
5. Memudahkan proses untuk menjadi ahli UMNO khususnya dalam pembayaran yuran dan tempoh yang diambil.

Menurut beliau selaku Pengerusinya, untuk matlamat merialisasikan pindaan Perlembagaan tersebut, pandangan semua peringkat dari akar umbi diambil kira apatah lagi ia adalah untuk kepentingan ahli-ahlinya juga.

“Bagi pindaan tersebut kita ambil kira pandangan semua pihak dengan mendengar cadangan dari ahli-ahli menerusi mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian yang telah berlangsung,” katanya.
Lantaran itu, beliau menjelaskan bahawa hasil daripada maklumbalas yang diterima didengar dan diperhalusi.

“Dalam mesyuarat hari ini turut dihadiri oleh semua wakil-wakil setiap negeri yang memberikan pandangan, dan ada beberapa kategori yang disebutkan iaitu etika dan peraturan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media tersebut di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini.

Dalam masa yang sama beliau turut ditanya berkaitan UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan untuk pindaan Perlembagaan, beliau menyatakan bahawa ia tidak timbul lagi kerana penerangan terperinci akan diberikan.

Antara yang dipersetujui dalam pindaan tersebut ialah menghapuskan sistem kuota lantas memudahkan ahli-ahlinya untuk menawarkan diri bagi bertanding dalam jawatan-jawatan penting parti.

“Namun begitu, bukan semua ahli boleh bertanding dan ada cadangan untuk menggariskan beberapa syarat kerana yang menawarkan diri perlulah benar-benar layak dan bertanggungjawab dengan kepimpinan yang jelas,” ujarnya.

Sehubungan itu, akan ditetapkan satu hari sebagai hari pemilihan UMNO yang dibuat serentak di seluruh negara dengan penglibatan sehingga 60,000 ke 160,000 perwakilan berhak memilih.

Pindaan perlembagaan yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Induk tersebut akan dibentangkan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO Khas, Oktober depan. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T