Skip to main content

Kecoh di Perak tidak masuk akal

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan pakatan pembangkang di Perak yang terus menimbulkan kekecohan dengan mengadakan perhimpunan di sebuah hotel semalam disifatkan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu mencerminkan keperibadian pembangkang yang gemar bertindak sesuka hati.

"Apabila undang-undang dan mahkamah memihak kepada mereka (pembangkang), mereka mendiamkan diri.

"Jika sebaliknya berlaku, macam-macam dilakukan termasuk melanggar undang-undang yang sebelum ini dipertahankan apabila ia sesuai untuk mereka. Ini jelas menunjukkan tindakan yang tidak masuk akal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pakatan pembangkang di Perak terus mencetuskan kekecohan apabila mengadakan perhimpunan di sebuah hotel.

Kumpulan ADUN tersebut berbuat demikian selepas gagal memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu sebagai tidak menghormati institusi mahkamah dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, rentetan tindakan-tindakan mereka yang mencabar kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan telah menjadi peristiwa paling hitam dalam sejarah orang Melayu.

"Ia memperlihatkan tindakan mereka yang gemar amalkan politik propaganda untuk menimbulkan rasa benci rakyat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Dalam masa yang sama, ada antara mereka mendakwa sebagai pejuang Islam dan orang Melayu tetapi amalan dan tuntutan Islam itu tidak diamalkan yang akhirnya menjerumuskan orang Islam dalam kehancuran akibat perpecahan," ujarnya.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pula berkata, tindakan itu merupakan usaha untuk mengalih pandangan rakyat daripada konflik yang berlaku seperti di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang dan isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam.

Menurutnya, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Perak sudah berada di tangan BN dan rakyat sudah menerima perubahan yang berlaku.

"Segalanya sudah jelas apabila majoriti sudah melebihi tiga kerusi. Sebaliknya mereka ingin DUN dibubarkan, mengapa perlu bubar kerana itu hak mutlak kerajaan yang ada," jelasnya.

Ahmad Maslan berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan tindakan yang memporak-perandakan rakyat Perak yang telah tenteram sejak BN kembali menjadi pemerintah.

Dalam pada itu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, apa yang berlaku di Perak semalam adalah sesuatu yang amat memalukan.

Menurutnya, para pemimpin Pas seharusnya memberi kefahaman kepada rakan-rakan yang bukan Islam tentang fadilat bulan Ramadan sebaliknya ia diketepikan semata-mata untuk memenuhi nafsu mereka.

"Sebaliknya, DUN yang merupakan institusi tertinggi negeri menjadi bahan mainan, ditertawakan dan tidak dihormati lagi. Matlamatnya adalah untuk mencapai kepentingan peribadi mereka semata-mata," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T