Skip to main content

Kepala lembu protes terhadap kerajaan negeri

PUTRAJAYA 2 Sept. - Penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang membawa kepala lembu ketika mengadakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka tidak berniat membangkitkan sensitiviti kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, penduduk Seksyen 23 sebaliknya cuma mahu menjadikan kepala lembu sebagai lambang protes terhadap kerajaan negeri.

"Penduduk telah memberi penjelasan bahawa tindakan mereka membawa kepala lembu adalah sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri dan tiada motif lain.

"Isu kepala lembu tidak harus ditimbulkan lagi kerana walaupun lembu binatang suci untuk penganut agama Hindu tetapi ia tidak melambangkan tuhan dalam agama ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai fungsi dan operasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini hari ini.

Murugiah berkata, JPNIN akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat dalam kontroversi pembinaan kuil di Shah Alam bagi mengelakkan isu itu mencetuskan ketegangan antara rakyat.

Menurutnya, setiap penduduk tanpa mengira kaum berhak menyuarakan bantahan terhadap sebarang projek pembangunan dengan menggunakan saluran yang betul.

"Cara bantahan yang digunakan oleh penduduk Seksyen 23 mungkin tidak betul.

"Insiden-insiden yang berlaku akan membawa kepada liputan media antarabangsa serta menjatuhkan imej negara, oleh itu jangan kita memperbesarkan perkara-perkara kecil," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T