Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan mereka hanya untuk menimbulkan huru-hara dan memecah-belahkan rakyat negeri ini.
Beliau berkata, pembangkang perlu menerima hakikat bahawa mereka kini tidak lagi berkuasa untuk menentukan hala tuju pentadbiran di Perak.
''Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir jelas sudah diterima rakyat.
''Pembangkang tiada hak dan kuasa untuk memanggil sidang DUN kerana sekarang BN yang mentadbir negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa Pemuda UMNO Perak bersama anak-anak yatim di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini semalam.
Beliau diminta mengulas tindakan pakatan pembangkang di negeri ini yang mahu mengadakan sidang DUN esok.
Menurut Khairy, banyak perkara telah dan sedang diusahakan oleh Zambry menyebabkan pembangkang semakin tertekan lalu mahu menggagalkannya.
''Jangan kita buang masa dengan politik yang menimbulkan kekacauan walaupun ini sebenarnya pendirian pembangkang di negeri ini," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy meminta Pemuda UMNO terus membantu kerajaan BN dan Menteri Besar Perak dalam usaha membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini. - Utusan
Comments
Post a Comment