Skip to main content

'Khalid punca kekecohan'

SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menuduh UMNO sebagai dalang utama kekacauan ketika sesi dialog penduduk Seksyen 23 dengan Menteri Besar, Sabtu lalu sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, tuduhan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat yang sering mendakwa dirinya sebagai seorang profesional serta berpendidikan tinggi.

Sebaliknya, beliau mahu Khalid mencari fakta sebelum membuat tuduhan seperti itu kerana kekecohan yang berlaku pada majlis berkenaan adalah datang daripada rasa tidak puas hati penduduk terhadap tindakan Khalid sendiri.

''Sebenarnya Khalid adalah punca kepada semua kekecohan itu sehingga menyebabkan 12 penduduk Seksyen 23 terpaksa dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana terlibat dalam perhimpunan haram membantah cadangan pembinaan kuil itu.

''Malah, dalam perbincangan yang hanya melibatkan jawatankuasa kuil Seksyen 19 sebelum ini, Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail telah membuat keputusan untuk membina rumah ibadat bukan Islam berkenaan tanpa merujuk pandangan dan persetujuan penduduk Islam yang tinggal berhampiran kawasan itu," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid yang mendakwa UMNO menjadi dalang utama di sebalik kekacauan yang timbul semasa majlis dialog Menteri Besar dan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil pada Sabtu lalu dalam blognya www.khalidsamad.com.

Selain itu, Mohamad Khir juga tidak menolak kemungkinan tindakan Khalid menuduh UMNO itu hanya sebagai 'pintu keluar' kepada beliau untuk melepaskan dirinya yang sebelum ini berjanji kepada pengundi India untuk membina kuil di Seksyen 23 dan menyelesaikan masalah kuil seksyen 19 pada pilihan raya umum lalu.

"Jadi, siapa sebenarnya menjadi dalang kepada kekecohan ini. Sepatutnya, beliau (Khalid) perlu kaji dahulu tindakannya itu sebelum menyalahkan orang lain.

"Mungkin kerana mahu menutup kesalahan serta kegagalannya menangani masalah ini, dia salahkan UMNO sebagai punca. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T