Skip to main content

Pakatan pecah: Mustafa persoal Kit Siang

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sepatutnya berusaha memperkukuhkan pakatan pembangkang dan bukannya menjangkakan kerjasama mereka akan berpecah.

Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan bentuk pakatan yang wujud ketika ini longgar dalam konteks ia tidak didaftarkan, namun terlalu awal melontarkan kenyataan seperti itu di saat pakatan pembangkang sedang melakukan proses penyatuan dan pengukuhan.

"Tak apalah, saya boleh berbeza dengan Kit Siang tentang perkara ini kerana saya rasa yang perlu kita buat ialah perkukuhkan bukan menjangka ia akan berpecah. Kita hadapi dulu, apa yang akan berlaku kemudian itu soal lain.

"Walaupun saya akui bahawa memang pakatan rakyat ini satu pakatan longgar dalam konteks kita belum daftarkan parti ini tetapi dalam beberapa kali pilihan raya lepas kita sudah bersama.

"Ini termasuk dalam siri pilihan raya kecil dan insya-Allah kita akan terus bersama untuk Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Penerangan, Idris Ahmad di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Mustafa mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan yang berlaku khususnya di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

Kit Siang menyatakan demikian dalam wawancara beliau dengan sebuah media tempatan baru-baru ini. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T