Skip to main content

Pas usah perlekeh hasrat berunding

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pas diingatkan supaya tidak memperlekehkan usaha Datuk Seri Najib Razak yang sanggup berunding demi kepentingan umat Islam dan keutuhan bangsa Melayu.

Malah saranan Perdana Menteri itu juga wajar dilihat dalam konteks lebih positif, bukan sekadar atas kepentingan politik kepartian yang didakwa pembangkang sebagai modal atau ‘umpan’ pilihan raya

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata umat Islam dituntut berbaik-baik demi kebaikan ummah kerana sudah terlalu banyak kes umat Islam dan bangsa Melayu dihina dan dicerca.

Katanya, lebih menyedihkan apabila tindakan itu dilakukan oleh mereka yang seagama dan sebangsa, sekali gus menjejaskan imej Islam.

“Semua ini kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri tetapi janganlah mereka sekejap cakap lain, esok buat lain,” katanya.

Beliau mengulas kesanggupan Najib berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini, tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekali pun.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sewajarnya Pas melihat kesanggupan Perdana Menteri itu dari sudut positif demi menjaga keutuhan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Jika perjuangan politik kedua-dua parti tidak disatukan kemungkinan akan dilemahkan oleh perjuangan puak lain di masa akan datang.

“Saya berdoa seruan Perdana Menteri itu tidak diperlekehkan oleh mana-mana pemimpin Pas,” katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata Pas diingatkan untuk tidak cuba menyerang Umno jika mahu perundingan itu dilakukan.

“Umno sedia berjumpa Pas demi negara tetapi Pas terus menyerang Umno. Ada segelintir pemimpin Pas yang terlalu takbur dan ingat mereka hebat, mungkin sudah demam kuasa,” katanya.

Sementara itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengulangi pendirian tegasnya yang menolak sebarang usaha rundingan dengan Umno, kerana menyifatkannya isu lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa, perkara itu sengaja ditimbulkan Umno, sebagai 'umpan' menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan, tidak lama lagi.

"Runding apa lagi? Itu (rundingan Umno dan Pas) cerita lama, tak perlu (berunding). Kalau runding nak beri (royalti) petroleum saya setujulah, atau nak tetap tarikh bila Menteri Besar Kelantan pergi ke Kuala Lumpur (terima royalti petroleum) bolehlah," katanya di Kota Bharu, semalam.

Bagaimanapun Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mempunyai pandangan berbeza apabila mengalu-alukan kesanggupan Perdana Menteri untuk duduk berbincang demi kebaikan negara dan rakyat.

“Kami berlapang dada jika perbincangan terarah kepada kebaikan umat Islam, negara dan rakyat, bukan menjadikan perundingan itu sebagai modal pilihan raya atau untuk menangguk di air keruh,’ katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T