Skip to main content

Pembangunan Negara Gemilang Bersama 52 Tahun Kemerdekaan

By administrator | Category: Rencana

merdeka52

MENYUSUR sepanjang 52 tahun kemerdekaan negara, dapat diimbau pelbagai pembangunan dicapai yang secara tidak langsung membuktikan bahawa kesejahteraan dan keamanan dalam negara menjadi penyumbang besar dalam membawa serta mengangkat masyarakat di dalamnya seiring dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.

Sejak kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957, pemimpin tertinggi negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga ‘Bapa Kemerdekaan’ tidak menoleh lagi kebelakang malah menghalakan tumpuan negara untuk membangun dan keluar dari kepompong dunia miskin yang ketinggalan.

Ketika negara mula-mula merdeka, rakyatnya miskin dengan lebih 50 peratus penduduk hidup di bawah garis kemiskinan.

Waktu itu juga, negara tidak memiliki ekonomi yang kukuh, sebaliknya mudah terjejas apatah lagi ketika itu sekitar 80 peratus ekonomi negara bergantung kepada eksport dua komoditi sahaja, iaitu bijih timah dan getah.

Dalam masa yang sama, permasalahan dalam bidang social juga mula tampak kelihatan. Terdapat jurang yang luas di antara kaum khususnya Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum hidup yang hanya hidup dalam kelompok masing-masing.
Aspek politik juga ketika itu berada dalam suasana yang masih belum benar-benar aman.

Suasana negara dalam tahun 1957 juga adalah sebuah negara yang diletakkan di bawah pengawasan. Selepas penubuhannya, masyarakat masih berdepan dengan penentangan komunis hampir di seluruh negara di samping ancaman konfrontasi tentera.

Konflik-konflik dalaman ini secara tidak langsung memberi ancaman kepada negara untuk berpecah belah. Namun hasil daripada kebijaksanaan pemimpin negara, semua permasalahan yang timbul dapat ditangani satu persatu.

Sebagai sebuah negara yang condong kepada demokrasi berparlimen, Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sebagai amalannya.

Sebelum kemerdekaan dicapai, Kertas Putih yang mengandungi Rangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London pada 2 Julai 1957.

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam rangka Perlembagaan tersebut ialah:
1. Kerakyatan melalui pendaftaran adalah dengan syarat bahawa mereka yang terlibat hendaklah membatalkan taat setia mereka kepada negara-negara lain. Ini adalah satu cara yang lebih berkesan bagi kerajaan memberi kerakyatan supaya dapat memastikan taat setia rakyat kepada negara.

2. Perlembagaan ini akan memberi kuasa khas kepada Parlimen untuk mengeluarkan undang-undang subversif.

3. DYMM Yang di-Pertuan Agong melalui Perlembagaan diberi kuasa mengisytiharkan darurat apabila Baginda memikirkan bahawa keadaan yang wujud mengancam keselamatan negara. Ancaman keselamatan negara boleh berupa serangan dari kuasa luar atau huru-hara dalam negeri.

4. DYMM Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab melindungi hak istimewa bangsa Melayu di samping melindungi kepentingan kaum-kaum yang lain di negara ini.

5. Agama Islam menjadi Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama-agama lain boleh dianuti dalam keadaan yang aman damai tetapi undang-undang negeri akan mengawal propaganda penyebaran agama-agama lain di kalangan umat Islam di negara ini.

6. Di Melaka dan Pulau Pinang, DYMM Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Hal Ehwal Agama Islam oleh kerana kemungkinan Gabenor Melaka dan Pulau Pinang tidak beragama Islam.

7. Tidak akan dilarang penggunaan dan pengajaran bahasa-bahasa lain/asing di negara ini.

8. Ahli Dewan Senat akan ditambah dari 11 orang kepada 16 orang ahli yang dicalonkan dan 22 orang ahli yang dilantik.

9. Perdana Menteri, Gabenor Melaka dan Gabenor Pulau Pinang serta semua Menteri Besar mestilah warganegara asli negara ini iaitu bukan warganegara melalui pendaftaran.

Perkara tersebut seterusnya telah membawa kepada Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani oleh Raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur dan seterusnya detik kemerdekaan dicapai pada 30 Ogos 1957, iaitu tepat jam 12.00 malam di Padang Kelab Selangor apabila bendera ‘Union Jack’ diturunkan oleh Tahir Abdul Majid yang menandakan tamatnya kuasa penjajahan British di Tanah Melayu. Beliau kemudian menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Seterusnya, pada malam tersebut, Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur telah bergema dengan laungan ‘Merdeka’.

Pada pukul 9.30 pagi, 31 Ogos 1957 pula, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur selaras dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Detik ini disaksikan oleh 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta perwakilan dari 30 negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Tunku telah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan diikuti oleh rakyat yang hadir.

Seterusnya bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan diiringi oleh lagu kebangsaan ‘Negaraku’.
Kesinambungan kepimpinan negara ini terus berjalan dengan jayanya walaupun pemimpin tertinggi, peneraju negara silih berganti. Selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak mengambil alih pucuk pimpinan dengan pelbagai agenda dan perancangan khusus bangsa dan negara.

Pada 9 Disember 1965, Tun Abdul Razak Hussein telah mengumumkan pelaksanaan Rancangan Malaysia (RMK) Pertama dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur yang seterusnya pada 15 Disember 1965 Pembentangan usul mengenai Rancangan Malaysia Pertama untuk tempoh lima tahun (1966-1970) telah berlangsung di Parlimen dengan empat matlamat utama iaitu:

1. Untuk mempereratkan integrasi di kalangan rakyat dan seluruh negara dengan cara melaksanakan satu rancangan pembangunan yang tegas khusus bagi kebajikan semua golongan.

2. Untuk meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber bagi seluruh rakyat dan mereka yang berpendapatan rendah.

3. Untuk memberi peluang-peluang pekerjaan pada kadar yang boleh menghasilkan jenis kerja yang produktif bagi tenaga buruh dan mengurangkan kadar pengangguran.

4. Untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di kedua-dua sektor iaitu sektor perindustrian dan sektor pertanian supaya pergantungan negara terhadap bijih dan getah dapat dikurangkan.

Melalui Rancangan ini, eksport negara dimajukan khususnya kelapa sawit dan balak serta masalah pengangguran dijangka dapat dikurangkan dari enam peratus kepada lima peratus apabila Rancangan ini berakhir.

RMK pertama ini telah menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan negara hingga kini yang menyaksikan Malaysia berada dalam rangka RMK-9.

Namun sesungguhnya, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, rakyat tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh dan dikecap hari ini kerana globalisasi mendesak negara-negara dunia menjadi lebih berdaya saing.

Dengan cabaran-cabaran baru, muncul keperluan bagi strategi-strategi baru, Wawasan 2020 menjadi satu garis penentu kemajuan dengan Misi Nasional yang menjadi landasan jalan ke hadapan.

Misi Nasional dengan lima tonggak utama mempersembahkan rangka kerja komprehensif untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh dan Kesebelas ke arah Wawasan 2020. Wawasan Misi Nasional menggariskan cabaran-cabaran utama yang Malaysia perlu tangani untuk tahun-tahun mendatang oleh seluruh rakyat Malaysia. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T