Skip to main content

Perbincangan awal tak libatkan penduduk setempat

SHAH ALAM 9 Sept. – Kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan dengan penduduk berhampiran Seksyen 23 di sini berhubung tapak baru kuil Sri Maha Mariaman yang dicadang dipindahkan ke kawasan itu dari Seksyen 19, buat masa ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbincangan dengan penduduk mengenai cadangan baru itu tidak menjadi keutamaan kerana sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan, ia haruslah mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 terlebih dahulu.

“Dalam perbincangan awal, kita tak libatkan penduduk setempat tetapi hanya akan bincang dengan jawatankuasa kuil dahulu dan sekiranya mereka bersetuju dengan tapak cadangan ini barulah kita bawa dalam mesyuarat Exco untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas itu (perbincangan di peringkat Exco) barulah kita bincang dengan penduduk setempat yang dikenali sebagai pendengaran awam.

“Kalau libatkan penduduk di peringkat awal, bagaimana nak bincang sebab kita tak tahu apa-apa, kalau buat juga ia hanyalah bincang kosong,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini mengenai tapak baru kuil berkenaan bagi menggantikan tapak cadangan asalnya yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum ini.

Ini kerana, cadangan asal tapak kuil tersebut tidak diterima oleh penduduk yang majoritinya umat Islam kerana kedudukan yang terlalu hampir dengan perumahan serta surau kawasan mereka iaitu kira-kira 100 meter.

Tapak baru berkenaan diputuskan kerajaan negeri sebagai lokasi alternatif pembinaan kuil itu berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Abdul Khalid; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail di kawasan berkenaan pada 7 September lalu.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Datuk Bandar Shah Alam, Madzalan Mohd. Noor serta Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar.

Pemilihan lokasi baru itu dibuat kerana kedudukannya yang terletak kira-kira 100 meter daripada tapak cadangan asalnya serta 400 meter meter daripada kawasan perumahan penduduk.

Dalam pada itu, Abdul Khalid ketika ditanya sama ada beliau yakin lokasi baru pembinaan kuil itu di Seksyen 23 akan dipersetujui semua pihak berkata, ia akan diterima baik oleh jawatankuasa kuil serta semua penduduk kawasan Seksyen 23. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T